Thursday, August 04, 2011

Beefball Noodle


Hari ini ialah hari yang ke-4 kita berpuasa. We all dah tak ada terasa nak makan nasi dah, kali ni nak yang ringan2 aja. Jom makan noodles lak jom!

 Clear Soup - membuat badan rasa sedap dan ringan selepas makan :)

Soup:
Daging
BeefBall
Bawang putih
Halia
Kiub Daging
Kicap manis
1) Rebus daging dengan bawang putih dan halia hingga empuk
2) Masukkan kiub dan kicap manis
3) Masukkan beefball
4) Biar sehingga mendidih

Sos:
Cili merah
Cili padi
Halia
Limau kasturi (1/2 untuk blend, 1/2 untuk perah airnya)
Garam dan gula
Sos cili thai
- blend kesemuanya

* hidang bersama mee kesukaan anda (saya guna mi tiao)

* dah siap, simple and delicious, enjoyyy!!


Wednesday, August 03, 2011

Puding Marble Koko

Puding marble koko ni memang my feveret untuk berbuka puasa sejak dari kecil lagi.. nyums...




13gm agar-agar peket
300 ml air
1 cawan gula
300ml susu cair
2 sudu tepung kastard
1 biji telur
1 sudu besar vanilla
1 sudu besar serbuk koko

1) potong kecil2 agar dan masakkan dalam air bersama gula sehingga larut, tapiskan
2) larutkan tepung kastard bersama sedikit air
3) bancuh kastard bersama susu cair
4) masukkan telur kedalam bancuhan kastard
5) masukkan vanilla
6) masukkan bancuhan kastard ke dalam agar-agar
7) gaul sehingga pekat sedikit (jangan terlalu pekat sehingga menjadi kental, kang jadi dodol kastard lak)
8) bahagi adunan menjadi dua, dan gaulkan satu bahagian dengan serbuk koko
9) tuang berselang-seli kedua adunan menjadi bentuk marble

* lazat dan berkrim!

Tuesday, August 02, 2011

Nasi Ayam Goreng

Ini adalah menu semalam yang diubah suai kerana ada nasi ayam berlebihan... apa lagi... i pun memang dah lama teringin nak makan Nasi Ayam Goreng ni..

ChePah punye!

Nasi:
Bawang merah
Bawang putih
Cili Merah
Ikan bilis
Tomato sos
1) tumbuk bahan di atas dan tumis hingga garing
2) masukkan tomato sos
3) masukkan nasi, gaul rata

* hidang seperti menghidang nasi ayam
* timun habis, so i ganti dengan ulam kobis

Untuk budak2 i buat lasagne lagi :

Atas permintaan anak-anak tercinta..

*hmmm... teringin nak buat dessert esok... tapi apa ya???

Ayam Goreng Berempah

Hari ni i masak sempoi saja untuk berbuka sebab semalam dah buat sampai 2 menu special..

Menu hari ni ialah nasi putih saja... pastu lauknya ialah sup sayur kentang dengan suhun, then i goreng ayam berempah seperti rajah di bawah (fuh.. macam buku teks lak):

tertonggeng ayam ai... ahaks..

Peram ayam:
1/2 ekor ayam
2 sudu cili boh
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan hitam
1 sudu kecil serbik jintan kasar
1 sudu kecil serbik ketumbar
Oyster sos
Tomato sos
Garam
Gula

1) peram sekurang2nya 30 minit
2) goreng terendam
3) taburkan daun kari dan bawang besar sebelum mengangkat ayam

* hendaklah kuatkan iman semasa menggoreng, takut tidak dapat terkawal air liur yang meleleh ..  sedap wooo

Monday, August 01, 2011

Bone Steak

Satu lagi resepi Johor..
Kalau kat pasar ramadhan di Johor memang mesti ramai yang jual Bone Steak ni, tak payah lah susah2 masak... tapi kat shah alam ni mana nak cari... kena lah masak sendiri .. Yang ni i buat untuk 'Moray'.. sedap makan ngan roti...


2 ketul lamb shank
bawang merah
bawang putih
halia
serai
kobis
carrot
1 sup bunjut
1 sudu jintan halus
1 sudu ketumbar
1/2 sudu lada hitam
tomato sos
tomato puree

1) rebus shank dengan bawang merah, bawang putih, halia, serai dan sup bunjut
2) masukkan jintan, ketumbar dan lada hitam yang disangai dan diblend halus
3) masukkan tomato puree, tomato sos, kobis dan carrot
4) perasakan dengan garam dan gula
5) tuangkan tepung jagung untuk memekatkan kuah

*hidang bersama roti, biasanya roti baguette (saya guna sandwich loaf saja)
*perah limau nipis lebih sodap!


Nasi Ayam

Ramadhan Mubarak to all dear friends!

Hari pertama ni i decide masak Nasi Ayam ajelah... simple utk seantero family.. tapi dah nama pun nafsu makan, dua2 anak i mintak beli MacD untuk berbuka... lepas berbuka tu Hadif pening kepala, mungkin sebab masuk angin.. kesian pulak Umi kat dia... Nasib baik Nuha okey, takde la pulak kena pening attack.. tapi takpelah bagi pengajaran kat dia kan... that junk food is not good for berbuka..

Last i bagi jugak nasi ayam jugak kat dia... terus masuk tido... hopefully esok boleh lah Hadif bangun sahur..

Hidangan bebuka - Nasi Ayam Roasted Chicken

Minyak bawang putih:
1) cincang bawang putih
2) tumis didalam minyak sehingga kekuningan

Sup Ayam:
1) Panaskan air di dalam pot
2) Apabila mendidih, masukkan ayam
3) Rebuskan ayam bersama sedikit garam sehingga hampir masak
4) Keluarkan ayam (terus masukkan ke dalam air sejuk, rendam sebentar)
5) Masukkan sedikit kiub ayam
6) Masukkan minyak bawang putih
7) Taburkan daun bawang

Nasi:
2 cawan beras, cuci dan toskan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Butter + Minyak
Daun pandan
3 1/2 cawan Air Sup Ayam
Daun Pandan
1) Blend bawang merah, bawang putih dan halia
2) Panaskan butter dan minyak
3) Tumis bahan blend sehingga garing, masukkan beras
4) Goreng sebentar
5) Masukkan air sup ayam dan sedikit garam
6) Masukkan daun pandan

Ayam:
Kicap pekat
Madu
Minyak Bijan
Garam
Butter
1) selepas diangkat dari rebusan, masukkan dan rendam dalam air sejuk
2) keluarkan dan gaul dengan kicap pekat, madu dan sedikit garam
3) grill selama 30 min, sapu butter semasa ayam hampir masak

Sos cili:
Lada hidup
Cili padi
Bawang putih
Sedikit halia
Tomato sos
Garam dan gula
Limau kasturi
1) blend kesemuanya sekali
2) perah limau kasturi

*Hidang bersama tomato dan timun
*Ayam di tuang dengan kicap gravy dicampur minyak bawang putih dari ayam panggang tadi


Thursday, July 28, 2011

Daging Kandar


Cak! Lama tak jumpa, kan? Busy sesangat minggu ni.. ke hulu... ke hilir...
'Kerja' sebagai housewife ni sentiasa ler busy... confirm tak bleh ambik cuti langsung....
Baru nak rileks .. belakang ada jek yang menempek dan mengeluarkan suara2 sedih nak itu... nak ini....heheh... *mode berleter*..
Anyway, hari ni i fikir punya fikir, tetiba nak makan ala2 mamak lagi (hari tu masak kambing Rogan Josh)... so i buat Daging Kandar pulak...
lama dah tak buat nih...



Resepi lebih kurang jek dengan kari daging, minus santan, plus kicap pekat dan tomato sos.. Tuan2 dan Puan2 sure pandai buat kari daging kan? so i takyah type resepi pepanjang kat sini ek...

Adios... Enjoy!..

Sunday, July 24, 2011

Mee Rebus Tulang


Cuaca sangat best hari ni, jom pi  library... sebelum tu kita isi perut dulu... what's in the kitchen? Mee Rebus Tulang... nyum.. nyum..

Sorry no taugeh... satu family tak suka taugeh.... so, save 50sen... he he...

Tulang - direbus hingga empuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili boh
Udang kering - direndam
Keledek - direbus dan dilecek
Rempah kari daging
Ketumbar Biji - disangai dahulu
Serbuk lada hitam
Bancuhan tepung jagung

1) Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, udang kering ketumbar dan serai
2) Tumis cili boh dan bahan blend sehingga garing
3) Masukkan kari daging
4) Masukkan air rebusan tulang
5) Masukkan keledek lecek
6) Biar mendidih, masukkan tulang
7) Masukkan bancuhan tepung jagung
8) Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam
9) Hidang bersama telur rebus, cili hijau, bawang goreng, limau kasturi, tauhu goreng dan kicap manis

* pilihan bahan tabur lain adalah taugeh, daun sup dan daun bawang
* best gak untuk dijadikan menu berbuka puasa nieh...


Thursday, July 21, 2011

China Treasures at KLGCC

Malam tadi kita pergi dinner with CikMat's family kat China Treasures... sedap sangat... (sebab tak payah masak kan...he he)

Buttered Prawn - sedap, ada rasa pedas2 sikit..

Crispy Roast Chicken with Asam Boi

Braised Beancurd Skin and Eggplant

Steamed Garoupa - cian dia, sampai ternganga... hiks

Fried Egg Noodle - untuk Hadif and Nuha

* pastu seperti biasa lah.. perut dah kenyang... lupa nak ambik gambar dessert... sowiiii...

Wednesday, July 20, 2011

Kambing masak Rogan Josh

Sedapnya kambing... nyum nyum...
Hari ni i teringin nak makan masak Rogan Josh, pergi cari readymade sauce by PATAK'S kat cold storage subang parade...

 hampa... takde... so terpaksa lah google resepi.. hasilnya...

Kambing masak Rogan Josh version 'terbakar'..uwaaaa...

Ini semua bahana tengok cite Bella Calamidades at TV3... konon nak simmer.... sedar2... bau hangit... uwaaa...... takyah la bagi resepi ek...

sakit hati punya pasal,  pi goreng cempedak pulak....

hilang terus stress ai...

resepi:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung'
1 cawan tepung beras
1 biji telur
pewarna kuning
sedikit garam

1) bancuh semuanya dengan air
2) gaul dengan cempedak
3) goreng terendam

* hidang bersama teh... hmmm.... marbelles :))

Monday, July 18, 2011

Lasagna

It's a treat for the kids.. Lasagna for today's lunch!


Buat dua - satu lagi untuk my bestfreng :))

Bolognese sos:
Daging cincang
Bawang putih
Buah tomato 'pormodoro' (fresh or canned, i used fresh)
Grape juice
Tomato soup
Black pepper
Italian herbs
Olive Oil

1) Rebus tomato hingga lembut, toskan dan hancurkan menjadi seperti paste.
2) Panaskan olive oil, tumis bawang putih yang dicincang halus, masukkan daging cincang
3) Masukkan paste tomato tersebut ke dalam tumisan daging, biar renih
4) Masukkan tomato sup, grape juice
5) Perasakan dengan garam, black pepper dan italian herbs
6) Renihkan 1 jam, bakar pula dalam oven lagi 1 jam

Bechamel Sos:
Susu segar
Butter
Tepung gandum
Keju parmesan
Sedikit garam
Sedikit black pepper

1) Panaskan Butter
2) masukkan tepung gandum, sentiasa kacau supaya tidak berketul
3) Masukkan susu segar, kacau sehingga mendidih
4) Masukkan keju parmesan
5) Perasakan dengan garam dan black pepper

Lasagna:
1) Sediakan bekas lasagna
2) Susun lasagna sheets
3) tuang dan ratakan selapis sos bolognese
4) tuang selapis bechamel sos
5) taburkan 3 jenis cheese (mozarella, cheddar dan parmesan)
6) susun lasagna sheets semula, bolognese, bechamel dan cheese (setebal yang anda suka)
7) disudahi dengan lapisan cheese seperti pizza
8) bakar atas bawah pada suhu 180darjah, selama 30minit

*** PRONTO!

Sunday, July 17, 2011

TONY ROMA'S at Sunway Pyramid

Semalam kita pergi tengok 'Harry Porter'.. before tu haruslah makan2 dulu kan... so kita decide makan kat TONY ROMA'S..

Lama dah tak datang makan kat sini, dah ada menu baru

Compliments from the house

CikMat's Wagyu Ribeye - feveret ni

Chepah's Cod - grilled, loved the mashed potato but unfortunately not the Cod, tawaq hebiaq..

The bill - worth it tak? kid's pizza for RM18.90? maybe not..

Saturday, July 16, 2011

Bubur Kacang Hijau dgn Durian

Oh kome... deroyan dah berbungee....

Made a visit to my MIL last week, so berbagai2 hasil buah tangan dibekalkan untuk kami sekeluarga... paling seronok dapat durian fresh dari kebun... sedap sangat durian sendiri ni tak macam yang dibeli..
tapi tak boleh la nak simpan lelama, takut busuk kan, kalau simpan dalam freezer pun mau semerbak baunya... pening gak kepala...

so i pun buat BUBUR..

Nak sikit..?.. eh jangan lah segan2... mai la datang shah alam... :))


Kacang hijau - direndam satu jam dan direbus sehingga empuk
Durian
Santan
Gula merah
Gula pasir
Garam sket
Daun pandan
-gaul kesemuanya sehingga mendidih

 *sonang bah...

Saturday, July 09, 2011

De'Palma Cafe

Hari ini dalam sejarah.. the Polis have shown how moronic they are..  just because they are afraid of BERSIH2... HELLO...! kita bayar u gaji untuk jaga keamanan! bukan menyusahkan rakyat! bozooo!!

ingat nak pi tengok wayang, tapi jam teruk because of the police's roadblocks.. so kita tak boleh nak keluar dari Shah Alam.. we decided to make a U-Turn and pergi makan kat SACC Mall.. headed to De'Palma Cafe ..

Macam-macam ada..

ChePah makan Nasi Kerabu dengan Ayam Goreng Berempah -  boleh leee...

Nuha's fish n chips

Hadif's Giant Burger n Chips

CikMat's Roast Chicken - halfway makan baru teringat nak amik gambar .. sowiii... he he.. tapi dry sangat laa, last2 tapau bawak balik..

pas makan, shopping sat kat Gulati's.. kurang sikit stress for today.. hiks!

Friday, July 08, 2011

Sambal berlada Labu Manis

Manisnya labu ituuu....


Labu Manis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji lada merah, 1 biji cili padi
1 sudu besar udang kering - direndam dahulu
sedikit kunyit hidup

1) potong labu sebesar 2 inci,
2) kukus sehingga lembut
3) tumbuk bahan2 diatas
4) tumis sehingga garing
5) perasakan dengan garam dan gula
6) masukkan labu, gaul rata

Thursday, July 07, 2011

Lemak Cili Padi Jenahak Belimbing Buluh


Ikan Jenahak
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Kunyit hidup
Serai
Asam keping
Santan
Sedikit stok ikan bilis

1) tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup
2) tumis serai dan bahan tumbuk
3) masukkan air dan stok ikan bilis, renihkan
4) masukkan belimbing buluh
5) masukkan santan dan asam keping
6) masukkan ikan (saya potong kecil)
7) perasakan dengan garam dan gula

Wednesday, July 06, 2011

Chicken Rissoles

Oh tepat 2 minggu blogku tak berasap. .. rindu rasanya tak terhingga.. so hari ni i nak post resepi yang agak istimewa...Ramadhan pun dan dekat, sesuaaai untuk menjadi hidangan berbuka puasa... tak caya, cuba try test, tengok!

sedap bangat donk!

Kulit:
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 sudu kecil garam
1) diblend dan ditapis
2) dimasak seperti lempeng roti dadar

Inti:
Bawang putih, dicincang halus
Bawang merah, dicincang halus
Kentang, dipotong dadu
Carrot, dipotong dadu
Ayam, dipotong dadu
Daun sup, dihiris halis
Kiub ayam
Air bancuhan tepung gandum
Lada sulah, garam dan gula
1) rebus kentang dan carrot sehingga empuk
2) tumis bawang putih dan bawang merah
3) masukkan ayam, kiub ayam, dan sedikit susu
4) perasakan dengan garam, gula dan lada sulah
5) masukkan kentang, carrot, dan daun sup
6) tunagkan air bancuhan tepung gandum
7) gaul sehingga adunan pekat
8) tunggu sehingga sejuk

Rissoles:
1) letakkan dua sudu besar adunan kedalam kulit lempeng
2) balut seperti popia, gamkan dengan kuning telur
3) celupkan rissoles ke dalam bancuhan putih telur
4) selepas itu, celupkan ke dalam breadcrumb pula
5) goreng dengan api kecil.

 * rissoles ini boleh juga difrozenkan jika anda membuatnya berlebihan.




Thursday, June 23, 2011

Grilled Chicken and Baked Potato with Lemon Cheese Sauce

Fresh from the oven!

Hidangan untuk rakyat jelata :))

Ayam:
Teriyaki sos
Oyster sos
Black pepper sauce
Garlic Salt
Black pepper
Italian Herbs
Honey
Butter
Lemon juice

1) marinade 3 jam
2) bakar pada suhu 180darjah (tutup dengan aluminium foil) selama 1 jam
3) buka aluminium foil dan bakar 1/2 jam atas dan 1/2 jam bawah pula (dibalik2kan)

Lemon Cheese Sauce untuk Baked Potato (Russet):
Bawang merah - dipotong dadu
Susu segar
Kiub ayam
Lemon juice
Lada hitam
Italian herbs
Keju Cheddar
Tepung gandum - sedikit
1) panaskan susu segar dan bawang merah sehingga mendidih
2) masukkan kiub ayam, lada hitam. italian herbs dan lemon juice
3) masukkan keju sambil sentiasa menggaul supaya sos tidak berketul2
4) masukkan tepung, gaul sentiasa sehingga sebati

* Chepah : amacam Bang, sedap tak?
   CikMat : Uishh... Boley chellen Kenny Rogers niehh..
   Chepah : tau takpe *eksyen*..

Tuesday, June 21, 2011

Happy Birthday to me!

I am blessed, Alhamdulillah!

Thank u Tasnim n Balqish for the lovely cake! Auntie tekpah loves it beri2 much!!

Nyum nyum.... cedaps...!!

Lovely girls! Thank u so much dearies!!

Dapat juga surprise cake from my family... manyiak eppy oooo...

Chocolate mousse cake from CikMat and the kids :))

Happy Birthday to me....♫♫♫
Make a wish! I wish... i can leave very2 long and be happyyy....



Huishhhh.... senyum sampai telinga!!

Syukur Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah...

Friday, June 17, 2011

Ikan Bawal Putih Kukus

macam marah jek ikan tu... ekekek

Bawal putih kecil
Bawang putih
Halia Serai
Cili Merah
Limau nipis
Daun Ketumbar
Oyster sos
Fish Sos
Kicap Cair
Garam dan Lada hitam

Ikan:
1) Cuci bawal dengan limau nipis, bilas dengan air biasa
2) Gaul dengan garam
3) Tabur halia dan serai yang dihiris halus
4) Kukus setengah masak

Sos:
1) Tumis bawang putih
2) Masukkan oyster sos, fish sos, kicap cair dan sedikit garam

* Tuangkan sos pada ikan yang sedang dikukus
* Tabur cili merah yang dihiris dan daun ketumbar
* Perah limau nipis dan masak sepenuhnya

** Satu lagi menu sihat untuk yang nak jaga badan, maklum la reunioun kan nak dekat dah nieh *wink*