Showing posts with label dessert. Show all posts
Showing posts with label dessert. Show all posts

Wednesday, August 03, 2011

Puding Marble Koko

Puding marble koko ni memang my feveret untuk berbuka puasa sejak dari kecil lagi.. nyums...




13gm agar-agar peket
300 ml air
1 cawan gula
300ml susu cair
2 sudu tepung kastard
1 biji telur
1 sudu besar vanilla
1 sudu besar serbuk koko

1) potong kecil2 agar dan masakkan dalam air bersama gula sehingga larut, tapiskan
2) larutkan tepung kastard bersama sedikit air
3) bancuh kastard bersama susu cair
4) masukkan telur kedalam bancuhan kastard
5) masukkan vanilla
6) masukkan bancuhan kastard ke dalam agar-agar
7) gaul sehingga pekat sedikit (jangan terlalu pekat sehingga menjadi kental, kang jadi dodol kastard lak)
8) bahagi adunan menjadi dua, dan gaulkan satu bahagian dengan serbuk koko
9) tuang berselang-seli kedua adunan menjadi bentuk marble

* lazat dan berkrim!

Wednesday, July 20, 2011

Kambing masak Rogan Josh

Sedapnya kambing... nyum nyum...
Hari ni i teringin nak makan masak Rogan Josh, pergi cari readymade sauce by PATAK'S kat cold storage subang parade...

 hampa... takde... so terpaksa lah google resepi.. hasilnya...

Kambing masak Rogan Josh version 'terbakar'..uwaaaa...

Ini semua bahana tengok cite Bella Calamidades at TV3... konon nak simmer.... sedar2... bau hangit... uwaaa...... takyah la bagi resepi ek...

sakit hati punya pasal,  pi goreng cempedak pulak....

hilang terus stress ai...

resepi:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung'
1 cawan tepung beras
1 biji telur
pewarna kuning
sedikit garam

1) bancuh semuanya dengan air
2) gaul dengan cempedak
3) goreng terendam

* hidang bersama teh... hmmm.... marbelles :))

Saturday, July 16, 2011

Bubur Kacang Hijau dgn Durian

Oh kome... deroyan dah berbungee....

Made a visit to my MIL last week, so berbagai2 hasil buah tangan dibekalkan untuk kami sekeluarga... paling seronok dapat durian fresh dari kebun... sedap sangat durian sendiri ni tak macam yang dibeli..
tapi tak boleh la nak simpan lelama, takut busuk kan, kalau simpan dalam freezer pun mau semerbak baunya... pening gak kepala...

so i pun buat BUBUR..

Nak sikit..?.. eh jangan lah segan2... mai la datang shah alam... :))


Kacang hijau - direndam satu jam dan direbus sehingga empuk
Durian
Santan
Gula merah
Gula pasir
Garam sket
Daun pandan
-gaul kesemuanya sehingga mendidih

 *sonang bah...

Sunday, May 08, 2011

Nesloccino - HAPPY MOTHER"S DAY!!!

It's mother's day today!! Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk kawan2 semua tak kira dalam keadaan apa anda berada sekalipun... everyone of you is special and amazing !!

BTW, cuaca panas sungguh sekarang ni kan? tekak ni rasa kering je... I ni asyik la nak cari air .. tapi masih lagi dahaga... Then i terasa nak minum Neslocino lah... jom kita minum sama-sama sempena hari ibu ni jom!


Berwap tu... takkan tengok je kot? :p

Haa.... bagi bunga sekali... sepecial untuk my friends here!

cara menyediakan minuman yang menyegarkan ni:

3 sudu besar chocolate powder, milo pun boleh
1/3 peket instant nescafe
1 sudu kecil gula
3 sudu besar aiskrim vanilla
ketulan ais
sedikit air masak

1) bancuhkan chocolate powder, nescafe dan gula dengan sedikit air masak (panas)sehingga larut
2) tambahkan dengan sedikit lagi air masak (sejuk)
3) masukkan aiskrim vanilla
4) masukkan ais
5) bancuh lagi sesuka hati :)

Inilah rupa peket2 nescafe saya gunakan. biasanya saya ambil dari mana2 hotel yang saya inap... he he.. dah bayor maka rugilah kalau tak ambil... tul tak? :))

Tuesday, April 12, 2011

the cookie cat

Cak! Apa kabar? dah makan ke? sapa2 yang terasa badan berat dan lemau tu... dinasihatkan makan dinner awal sikit, baik untuk penghadaman orang kata.. heh heh... jangan marah gurau2 je...
Anyway, hari ni i nak citer kat my frens here pasal cinta i yang terbaru.. lazat tak terhingga... awww...
Haa.... jangan fikir yang bukan2 pulak... ni i nak introduce some comfort food dari cafe dekat Subang Jaya (seb baik dekat ngan rumah i... yeehuuu)... nama cafenya ialah...:

'the cookie cat'

Kat sini ada cupcakes, brownie dan cookies yang sangat marvellous..! I baru dua kali makan, tapi dah teringat2 siang dan malam.. (kalau pregnant bahaya nih).. So before fetch Hadif dari sekolah tadi (kebetulan sekolah Hadif kat Subang jaya... yeay!), i pun singgah this cafe.. Ownernya sangat2 friendly..♥..

Menggiurkan tak? That's the chocolate, red velvet and butter cupcakes..

Drooling! That's chocolate with cream cheese brownies and blondie.. Must try them!

As for me... must eat them now! heee...

If you want to find more about them, check this out : http://thecookiecat.blogspot.com/
Jemput makan :)

Thursday, March 31, 2011

Puding Cocktail

Musim panas di Shah Alam. Walaupun hujan, tapi suhunya panas sungguh!

Time-time macam nilah i teringin nak makan Puding Cocktail atau orang johor panggil 'Kuih Sejuk', sebab kalau nak hidang kuih ni kena sejuk2 baru sedap!



Puding:
3 cawan tepung kastard
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu pewarna merah

1) masukkan kesemuanya dalam periuk dan masak diatas api kecil
2) mesti sentiasa gaul supaya adunan tidak bergentel2
3) gaul sehingga adunan pekat
4) tuangkan ke dalam bekas puding

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin cocktail
1 cawan sula
2 sudu esen vanilla

1) masukkan kesemuanya n gaul sentiasa
2) masak di atas api sehingga mendidih
3) tunggu sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk

Sejuk minda bila makan puding ni, saya suka sejak sekolah lagi