Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Tuesday, August 02, 2011

Nasi Ayam Goreng

Ini adalah menu semalam yang diubah suai kerana ada nasi ayam berlebihan... apa lagi... i pun memang dah lama teringin nak makan Nasi Ayam Goreng ni..

ChePah punye!

Nasi:
Bawang merah
Bawang putih
Cili Merah
Ikan bilis
Tomato sos
1) tumbuk bahan di atas dan tumis hingga garing
2) masukkan tomato sos
3) masukkan nasi, gaul rata

* hidang seperti menghidang nasi ayam
* timun habis, so i ganti dengan ulam kobis

Untuk budak2 i buat lasagne lagi :

Atas permintaan anak-anak tercinta..

*hmmm... teringin nak buat dessert esok... tapi apa ya???

Ayam Goreng Berempah

Hari ni i masak sempoi saja untuk berbuka sebab semalam dah buat sampai 2 menu special..

Menu hari ni ialah nasi putih saja... pastu lauknya ialah sup sayur kentang dengan suhun, then i goreng ayam berempah seperti rajah di bawah (fuh.. macam buku teks lak):

tertonggeng ayam ai... ahaks..

Peram ayam:
1/2 ekor ayam
2 sudu cili boh
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan hitam
1 sudu kecil serbik jintan kasar
1 sudu kecil serbik ketumbar
Oyster sos
Tomato sos
Garam
Gula

1) peram sekurang2nya 30 minit
2) goreng terendam
3) taburkan daun kari dan bawang besar sebelum mengangkat ayam

* hendaklah kuatkan iman semasa menggoreng, takut tidak dapat terkawal air liur yang meleleh ..  sedap wooo

Monday, August 01, 2011

Nasi Ayam

Ramadhan Mubarak to all dear friends!

Hari pertama ni i decide masak Nasi Ayam ajelah... simple utk seantero family.. tapi dah nama pun nafsu makan, dua2 anak i mintak beli MacD untuk berbuka... lepas berbuka tu Hadif pening kepala, mungkin sebab masuk angin.. kesian pulak Umi kat dia... Nasib baik Nuha okey, takde la pulak kena pening attack.. tapi takpelah bagi pengajaran kat dia kan... that junk food is not good for berbuka..

Last i bagi jugak nasi ayam jugak kat dia... terus masuk tido... hopefully esok boleh lah Hadif bangun sahur..

Hidangan bebuka - Nasi Ayam Roasted Chicken

Minyak bawang putih:
1) cincang bawang putih
2) tumis didalam minyak sehingga kekuningan

Sup Ayam:
1) Panaskan air di dalam pot
2) Apabila mendidih, masukkan ayam
3) Rebuskan ayam bersama sedikit garam sehingga hampir masak
4) Keluarkan ayam (terus masukkan ke dalam air sejuk, rendam sebentar)
5) Masukkan sedikit kiub ayam
6) Masukkan minyak bawang putih
7) Taburkan daun bawang

Nasi:
2 cawan beras, cuci dan toskan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Butter + Minyak
Daun pandan
3 1/2 cawan Air Sup Ayam
Daun Pandan
1) Blend bawang merah, bawang putih dan halia
2) Panaskan butter dan minyak
3) Tumis bahan blend sehingga garing, masukkan beras
4) Goreng sebentar
5) Masukkan air sup ayam dan sedikit garam
6) Masukkan daun pandan

Ayam:
Kicap pekat
Madu
Minyak Bijan
Garam
Butter
1) selepas diangkat dari rebusan, masukkan dan rendam dalam air sejuk
2) keluarkan dan gaul dengan kicap pekat, madu dan sedikit garam
3) grill selama 30 min, sapu butter semasa ayam hampir masak

Sos cili:
Lada hidup
Cili padi
Bawang putih
Sedikit halia
Tomato sos
Garam dan gula
Limau kasturi
1) blend kesemuanya sekali
2) perah limau kasturi

*Hidang bersama tomato dan timun
*Ayam di tuang dengan kicap gravy dicampur minyak bawang putih dari ayam panggang tadi


Wednesday, July 06, 2011

Chicken Rissoles

Oh tepat 2 minggu blogku tak berasap. .. rindu rasanya tak terhingga.. so hari ni i nak post resepi yang agak istimewa...Ramadhan pun dan dekat, sesuaaai untuk menjadi hidangan berbuka puasa... tak caya, cuba try test, tengok!

sedap bangat donk!

Kulit:
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 sudu kecil garam
1) diblend dan ditapis
2) dimasak seperti lempeng roti dadar

Inti:
Bawang putih, dicincang halus
Bawang merah, dicincang halus
Kentang, dipotong dadu
Carrot, dipotong dadu
Ayam, dipotong dadu
Daun sup, dihiris halis
Kiub ayam
Air bancuhan tepung gandum
Lada sulah, garam dan gula
1) rebus kentang dan carrot sehingga empuk
2) tumis bawang putih dan bawang merah
3) masukkan ayam, kiub ayam, dan sedikit susu
4) perasakan dengan garam, gula dan lada sulah
5) masukkan kentang, carrot, dan daun sup
6) tunagkan air bancuhan tepung gandum
7) gaul sehingga adunan pekat
8) tunggu sehingga sejuk

Rissoles:
1) letakkan dua sudu besar adunan kedalam kulit lempeng
2) balut seperti popia, gamkan dengan kuning telur
3) celupkan rissoles ke dalam bancuhan putih telur
4) selepas itu, celupkan ke dalam breadcrumb pula
5) goreng dengan api kecil.

 * rissoles ini boleh juga difrozenkan jika anda membuatnya berlebihan.




Thursday, June 23, 2011

Grilled Chicken and Baked Potato with Lemon Cheese Sauce

Fresh from the oven!

Hidangan untuk rakyat jelata :))

Ayam:
Teriyaki sos
Oyster sos
Black pepper sauce
Garlic Salt
Black pepper
Italian Herbs
Honey
Butter
Lemon juice

1) marinade 3 jam
2) bakar pada suhu 180darjah (tutup dengan aluminium foil) selama 1 jam
3) buka aluminium foil dan bakar 1/2 jam atas dan 1/2 jam bawah pula (dibalik2kan)

Lemon Cheese Sauce untuk Baked Potato (Russet):
Bawang merah - dipotong dadu
Susu segar
Kiub ayam
Lemon juice
Lada hitam
Italian herbs
Keju Cheddar
Tepung gandum - sedikit
1) panaskan susu segar dan bawang merah sehingga mendidih
2) masukkan kiub ayam, lada hitam. italian herbs dan lemon juice
3) masukkan keju sambil sentiasa menggaul supaya sos tidak berketul2
4) masukkan tepung, gaul sentiasa sehingga sebati

* Chepah : amacam Bang, sedap tak?
   CikMat : Uishh... Boley chellen Kenny Rogers niehh..
   Chepah : tau takpe *eksyen*..

Friday, June 10, 2011

I'm backkkk

Cewah... i'm back i'm back pulak kita yek... macam la ada yang suka... he he...
Bukan apa.... mood cuti masih ada lagi ni... so sangat lah happy untuk sisa2 cuti yang tinggal beberapa hari lagi ni... 14 hari rasa macam sekelip mata je... macam2 macam tempat pergi... so memang dapur i pun ikut cuti sama le... :))
Semalam baru lah anak2 i balik dari rumah nenek diorang... and my family pulak datang visit... so barulah dapur i start enjin semula...
Apa yang i masak? seperti biasa sempoi2... Sup Tulang, Ayam Goreng Berempah dan Sayur Goreng Campur....

Sup tulang istimewa saripah... i'll post the resepi minggu depan je lah ekkk...


Ayam goreng berempah istimewa saripah jugakk....


Sayur Campur

Sempoiii... !!

Tapikan... sebelum i akhiri resepi merapu hari ni... i ada misteri untuk u uols... tengok gambar di bawah...

Cuba teka apakah objek di dalam gambar di atas ?? cer teka cer teka... *wink*

p/s: already have 1 follower now! thank you asknomster :)

Friday, April 22, 2011

Kuzi

Walaupun hari ni adalah hari yang sangat sedih for me, tapi rasa terubat kesedihan sebab my sister from jb nak datang rumah. So i masak Kuzi Ayam...


1 ekor ayam
2 biji bawang besar - dihiris dan digoreng
1 biji bawang besar yang tidak digoreng
5 ulas bawang putih
3 biji cili hijau - dibuang biji
sedikit halia
sedikit lengkuas
1/2 tin tomato sup
Sedikit tomato sos
2 sudu besar madu
1/2 tin susu cair
3 sudu besar rempah kuzi
Kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih
Buah tomato
Daun sup

1) kisar bawang goreng, bawang besar, bawang putih, cili hijau, halia dan lengkuas
2) tumis kayu manis, pelaga, lawang dan cengkih
3) masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
4) masukkan rempah kuzi, madu, tomato sup, tomato sos, tomato buah, garam dan gula
5) masukkan ayam
6) masukkan  susu cair
7) renihkan sehingga ayam empuk
8) tutup api apabila sudah naik minyak
9) perah sedikit limau semasa menghidang

Tuesday, April 19, 2011

Sweet n Sour Sausage Ayam

Semalam i bagi treat makan lauk sausage kat anak2 tercinta.. tapi Hadif je yang makan.. Nuha prefer Udang Sambal sebab dia kata... 'I dah besar la Umi... I suka pedas2 sekarang...'


4 ketul Sausage Ayam - dipotong dan digoreng
2 ulas bawang putih
3 sudu besar tomato sos
1 sudu besar oyster sos
1 sudu kecil cili sos
sedikit lada benggala dan bawang besar untuk hiasan

1) tumis bawang putih
2) masukkan tomato sos, oyster sos dan cili sos
3) masukkan sausage
4) perasakan dengan sedikit garam dan gula (sikit sangat sebab sos dah manis dan masin)
5) taburkan lada benggala dan bawang besar

* sedap dimakan dengan nasi goreng

Thursday, April 14, 2011

Asam Pedas Ayam

Dinner hari ni i tak buat sup untuk Cik Mat sebab... I buat  Asam Pedas Ayam..
Yang ni memang dia tak boleh nak reject sebab memang favorite dia.. Katanya Asam Pedas is my speciality... even mak dia punya pun dia tak mau...shhh,,, jgn bagitau kat mak dia pulak yea.. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut tau... *wink*
Anyway, hari ni i buat favorite dia campur favorite i... dia suka asam pedas, and myself suka ayam... so jadilah masakan johor Asam Pedas Ayam tersebut... hmmm itulah sejarahnya dinner i malam ni...



1/2 kilo ayam
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili hidup
6 sudu besar cili kering kisar
sedikit lengkuas
sedikit kunyit hidup
1 cm belacan
1 cawan air asam jawa
2 keping asam keping
daun limau purut
daun kesum
buah tomato

1) kisar bawang merah, bawang putih, cili hidup, kunyit hidup, lengkuas dan belacan
2) tumis cili kering kisar sehingga garing
3) masukkan bahan blend, kacau sehingga naik minyak
4) masukkan air asam jawa dan asam keping
5) masukkan ayam, renihkan sehingga empuk
6) tambah air jika perlu
7) perasakan dengan garam dan gula
8) taburkan daun kesum, daun limau purut
9) masukkan buah tomato, tutup api

Makan sekali, gerenti nak lagi!

Monday, April 11, 2011

Tomyam Ayam

Cuaca nampak mendung hari ni. Sejuk sikit hatiku ini.. cewah!

Pssst.. i nak tanya apakah aktiviti weekend anda? Semalam i pergi ke pasar tani di Stadium Shah Alam. Biasalah kalau dah sampai ke pasar tani, jadi rambang mata tengok dedaun seperti ketumbar, serai, daun limau purut etc etc.. So sebelum dedaun i rosak.. i decide masak tomyam hari ni.


Ayam - dipotong kecil
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Air asam jawa
Asam keping
1/2 kiub stok ayam
1 sudu besar pes tomyam
1 biji cili hidup ( kalau nak pedas gantikan dengan cili padi)
Buah tomato
Carrot
Kobis bunga
Daun ketumbar
Daun limau purut

1) Masukkan ayam, bawang besar, bawang putih, serai, lengkuas, air asam jawa, dan asam keping
2) Masukkan kiub ayam dan pes tomyam
3) Renihkan sehingga ayam empuk
4) Perasakan dengan garam dan gula
5) Masukkan cili hidup, buah tomato, carrot dan kobis bunga, tutup api.
6) Taburkan daun ketumbar dan daun limau purut

Haa... u ols masak apa hari ni? Nak cikit...

Friday, April 08, 2011

Sweet n Sour Wantan

Dinner semalam i buat Oriental :



Sedikit isi ayam
Bawang putih
Sedikit lada benggala
Wantan skin
sedikit cili hidup
Sweet n sour sos
Char Siu sos
Lada hitam

1) Blend isi ayam bersama cili hidup, lada hitam dan sedikit garam
2) Isikan didalam wantan skin
3) Sapukan putih telur di hujung sekeliling kulit wantan untuk membungkus
4) Goreng terendam wantan sehingga garing, ketepikan
5) Tumis bawang putih
6) Masukkan sweet n sour sos dan char siu sos
7) Perasakan dengan sedikit garam dan gula
8) Tabur lada benggala

note : sedap dihidang panas2 kerana wantan sedap dimakan garing dan rangup. Sedaps!

Tuesday, April 05, 2011

Singgang Ayam Goreng

Anak-anak i sangat suka ayam goreng dan juga sup. Oleh kerana i malas nak buat dua dish today, i decided to cook satu dish yang memang dah menjadi gabungan keduanya and that would be Singgang Ayam Goreng..



Ayam - dipotong kecil dan goreng bersama garam dan kunyit
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Semangkuk Air Asam Jawa
1 biji buah tomato
Segenggam daun kesum

1) goreng terendam ayam, dan ketepikan
2) tumis bawang merah, bawang putih dan kunyit (kalau tak nak tumis pun ok)
3) masukkan air asam jawa
4) masukkan ayam
5) perasakan dengan garam dan gula
6) masukkan buah tomato dan daun kesum
7) tutup api

Bukan saja anak-anak saya, tapi bibik juga berseri2 wajahnya bila nampak masakan ringkas begini :)

Monday, March 28, 2011

Bubur Ayam

Oleh kerana mereka2 didalam rumahtangga i ni masih lagi demam n batuk2, hari ni i decided untuk masak Bubur Ayam. Eh sedap cik Yah! tak caya cuba try..



Tergoda tak? Cik Mat kalau tengok bubur ni memang dia sentiasa tergoda.. Lagi2 makan dengan sambal kicap tu.. berasap!

Cara menyediakan:

1 pot beras
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit isi bersama tulang ayam - dipotong kecil
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar minyak bijan
sedikit lada sulah
Chay Poh
Telus Masin
Roti cha koi - dipotong2
Limau kasturi
Sambal kicap

1) tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia
2) tumis bahan tumbuk bersama ayam sehingga garing
3) masukkan air sehingga mendidih
4) masukkan beras, gaul rata
5) masukkan sos ikan, minyak bijan dan lada sulah
6) perasakan dengan garam dan sedikit gula

setelah masak, hidangkan dengan Chay Poh, Telur asin, Char koi, Sambal kicap dan limau kasturi.

* sambal kicap - blend 3 biji cili padi hijau bersama 1 ulas bawang putih.

p/s: Itu i hidang untuk Cik Mat, tapi kalau u nak boleh la tambah bahan tabur ikut idea masing2 spt bawang goreng dan daun sup :)

Thursday, March 03, 2011

Gulai Ayam Padang

Dinner semalam, i masak Gulai Ayam Padang. Menu yang ni semua orang boleh makan, dari Cik Mat sampai ke Nuha.



1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji lada merah
1 batang serai
1 biji kentang
sedikit lengkuas
sedikit halia
sedikit kunyit
sedikit belacan
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat

1) Kisar bawang besar, bawang putih, lada merah, serai, lengkuas, kunyit, halia dan belacan.
2) Tumis bahan kisar dengan satu senduk minyak
3) Masukkan ayam yang dipotong kecil
4) Masukkan santan cair, biarkan di atas api sehingga ayam empuk dan naik minyak
5) Masukkan kentang dan santan pekat
6) Gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula

Baunya semerbak harum.. Sangat membuka selera.. Belum tutup api lagi, anak-anak dah tanya 'Boleh makan ke Umi?'.. Rasa happy sampai penat pun hilang :)