Showing posts with label Sarapan. Show all posts
Showing posts with label Sarapan. Show all posts

Wednesday, May 04, 2011

Lontong Kuah vs Lontong Kering

Lamanyaaa tak jumpa...
I rasa semua orang busy balik kampung hinggakan jam teruk hari Isnin lepas. I balik dari JB ke Shah Alam ambil masa 6 jam lebih which was supposed to be 4 jam aje..!
Meh cite pasal makan pulak. Orang Johor kalau tak pekena lontong memang tak sah.. tak keruan dibuatnya.. So pepagi2 lagi dah pergi ke Hutan Bandar yang terletak berhampiran dengan RTM Johor Bahru..


Kalau boleh semua nak makan lontong kuah, tapi semenjak berblog ni kan, kena lah try lain2 kan. So, I makan lontong kering and Cik Mat makan lontong kuah (biasa la memang kita jek selalu kena mengalah)..
The verdict: dua2 pun sedap giler! hehe...
Kat Hutan Bandar ni pun memang semua lah sedap2 makanan dia... Satu lagi i order Sup Tulang..

Verdict: Uwaaaa...... NAK LAGI !!!! Makan pulak dengan sambal kicap dan perah limau kasturi.. PERGHHH!!

Kalau yang tak pernah pergi johor tapi teringin nak pergi, i sangat2 rekomen tempat ni. Tukang masak semua orang2 tua2 belaka yang dah masak digerai sejak berpuluh2 tahun dahulu.

 Mana nak cari Gula Tarik ni sekarang babe.. kalau ada pun tak boleh nak tarik2, gigit je dah patah, betul tak? kat sini je ada jual yang original!

Pandangan dari parking lot

 Jalan dari parking lot ke gerai2 makan..

* Hai tak sabor nak cuti lagi....


Thursday, April 21, 2011

Hershey's Pancake

Selamat Pagi :)
Makan apa hari ni? i buat pancake untuk sarapan tadi.
Resepi ni i dapat dari a dear friend of mine yang baru balik dari London, so musti gunakan resepi Jamie Oliver la kan... Gebu and sedap sangat pancake ni... Memenuhi citarasa tekak exotic tetapi poket tak berapa exotic ni.. I terhutang body kat dia for this resepi he he.. Sanggup kah?


1 cawan tepung gandum
2/3 cawan susu segar
3 biji telur ( diasingkan kuning dan putih)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil vanilla
sedikit garam
sedikit gula perang (i tambah sendiri, tidak mengikut resepi)
sedikit butter cair (i tambah sendiri, tidak mengikut resepi)
Hershey's chocolate chips

1) satukan tepung gandum, susu segar, baking powder, kuning telur, vanilla, garam, gula dan butter
2) pukul putih telur sehingga kembang
3) satukan adunan tepung dengan putih telur
4) masak adunan di atas kuali leper, taburkan chocolate chips

* boleh gantikan chocolate chips dengan bahan lain atau biarkan kosong (makan dengan maple syrup n butter) pon sodap!!


Saturday, April 02, 2011

Cucur Bawang dan Ikan Bilis

Good Morning :)
Hari ni saya buat cucur ikan bilis untuk keluarga yang tercinta..



2 cawan tepung
1 cawan air
1/2 biji bawang merah - ditumbuk
sejemput ikan bilis - direndam sebentar dan juga ditumbuk
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula

1) campur tepung, baking soda, garam, gula dengan air dan gaul sebati
2) tapis adunan supaya tidak ada yang bergentel2
3) masukkan bawang dan ikan bilis
4) goreng sehingga kekuningan

Sedap dimakan panas2 dengan sos kegemaran anda. Cucur ni sangat rangup diluarnya dan lembut pula didalamnya... nyum nyum :)

Wednesday, March 02, 2011

MeeHoon goreng putih

Pagi tadi i sempat masak breakfast. Menunya ialah Meehoon Goreng Putih. Yang ni memang menu favorite orang Johor.




2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Isi ayam
Fishball
1/2 Kiub ikan bilis
carrot
sawi
buah tomato
sedikit lada sulah

1) Hiris bawang dan tumis.
2) Masukkan isi ayam dan gaul sehingga ayam masak
3) Masukkan Fishball yang dibelah dua
4) Tuang sedikit air, masukkan kiub ikan bilis.
5) Perasakan dengan sedikit garam dan gula
6) Masukkan carrot, sawi dan buah tomato
7) Gaul rata
8) Masukkan sedikit lada sulah

Hidang bersama hirisan timun dituang sos tomato atau cili jeruk ataupun cili potong, guarantee Marbelles!

Monday, January 17, 2011

Sarapan pagi

Sarapan is my very important routine. Kalau lambat sikit i memang tak boleh duduk diam, mesti nak cari apa-apa untuk dikunyah. Sebabnya i memang tak makan malam. I prepare dinner for everyone except for myself. Malam i minum air aja.
Breakfast semalam i buat Roti Jala. Basic je semua orang tau macamana nak buat, tapi i will just post the recipe here.

Roti Jala n Kuah Kari Ayam



Roti Jala:

2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil pewarna kuning
sedikit minyak
daun pandan
Acuan Roti Jala

1) semua bahan-bahan diblend
2) sapu sedikit minyak menggunakan daun pandan atas kuali
3) tebar bahan roti diatas kuali dgn acuan.
4) angkat dan lipat sesuka hati aka gulung or lipat segitiga (asalkan sedap bila masuk perut nanti)

Kari Ayam:

Ayam dipotong kecil
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 peket Rempah kari Ayam (saya guna Adabi)
1 biji kentang
1/2 biji carrot
1 biji tomato
santan
daun kari

1) blend bawang dan halia kemuadian tumis.
2) campurkan rempah kari dengan air panas, gaul sebati dan tuangkan ke tumisan.
3) tuangkan air secukupnya dan tunggu sehingga ayam lembut
4) masukkan kentang dan carrot sehingga empuk
5) masukkan santan, garam dan gula
6) masuk buah tomato dan daun kari
7) tunggu mendidih dan tutup api
8) hidangkan dengan roti jala