Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Siakap Stim Tom Yam

Assalamualaikum,
Kembali bersiaran.. tak tertahan rinduku.. ahaks...
I korek2 kotak barang lama, terjumpo camera lama kitorang... tak sangka berguna juga barang antik ni... walaupun mutu gambarnya nya tak seperti camera baru.. tapi baik ada dari takde..

So, semalam berbuka i masak Beef Ladna dengan Siakap Stim Tomyam... i upload gambar Siakap je la, sebab ladna dah biasa tengok kan..


Siakap
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili padi
Pes Tomyam
Air asam
Daun limau purut
Buah tomato
Cendawan Shitake (cendawan lelain pun ok)
Daun ketumbar

1) lumur siakap dengan garam, halia dan bawang putih, kukus separuh masak
2) tumis bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas
3) masukkan pes tomyam, sedikit garam dan gula
4) masukkan sedikit air asam jawa
5) tuang ke dalam kukusan ikan
6) taburkan sayur2an
7) kukus sehingga ikan masak
8) taburkan daun ketumbar

* sedap dimakan panas2, love it babeh!

Thursday, July 07, 2011

Lemak Cili Padi Jenahak Belimbing Buluh


Ikan Jenahak
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Kunyit hidup
Serai
Asam keping
Santan
Sedikit stok ikan bilis

1) tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup
2) tumis serai dan bahan tumbuk
3) masukkan air dan stok ikan bilis, renihkan
4) masukkan belimbing buluh
5) masukkan santan dan asam keping
6) masukkan ikan (saya potong kecil)
7) perasakan dengan garam dan gula

Friday, June 17, 2011

Ikan Bawal Putih Kukus

macam marah jek ikan tu... ekekek

Bawal putih kecil
Bawang putih
Halia Serai
Cili Merah
Limau nipis
Daun Ketumbar
Oyster sos
Fish Sos
Kicap Cair
Garam dan Lada hitam

Ikan:
1) Cuci bawal dengan limau nipis, bilas dengan air biasa
2) Gaul dengan garam
3) Tabur halia dan serai yang dihiris halus
4) Kukus setengah masak

Sos:
1) Tumis bawang putih
2) Masukkan oyster sos, fish sos, kicap cair dan sedikit garam

* Tuangkan sos pada ikan yang sedang dikukus
* Tabur cili merah yang dihiris dan daun ketumbar
* Perah limau nipis dan masak sepenuhnya

** Satu lagi menu sihat untuk yang nak jaga badan, maklum la reunioun kan nak dekat dah nieh *wink*

Tuesday, May 24, 2011

Lemak Ikan Kembung Goreng

Hari selasa yang agak suram. Tetapi makan tetap makan kan.. Masak apa pulak ye? Hari ni masak lemak ikan goreng.
Masak lemak ni pada pendapat i memang lagi sedap kalau bubuh cili padi, kira jadi lemak cili padi lah gitu. Tetapi untuk memenuhi selera budak2, i tak bubuh la bahan2 pedas dalam lauk.

Cedapnyaa...

Ikan kembung - digoreng dengan garam kunyit
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Kunyit hidup
Serai
Sedikit belacan
Santan
Buah tomato
Cili hidup
Asam keping
Daun kesum

1) blend bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan belacan
2) tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan serai
3) masukkan santan cair, gaul rata
4) masukkan asam keping, ikan goreng dan cili hidup
5) perasakan dengan garam dan gula
6) masukkan santan pekat
7) masukkan buah tomato dan daun kesum
8) tutupkan api apabila mendidih

* sungguh berselera apabila dihidang dengan nasi panas



Tuesday, April 05, 2011

Siakap @ Baramundi Kicap 3 Rasa

I realized yang i ni asyik2 masak sup aja. Karang orang kata malas masak dia ni. So untuk dinner malam ni i masak Siakap 3 Rasa, ala2 restoran gitu... Bagi gempak sikit..


Ada nampak macam Dancing Fish tak ;-D

i ekor Siakap @ Baramundi
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 biji cili padi - dihiris
1 biji mangga muda - disagat seperti kerabu mangga
3 sudu besar oyster sos
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
sedikit gula

1) goreng siakap yang telah dilumur garam dan kunyit sehingga garing, ketepikan
2) dalam saucepan, tumis bawang putih
3) masukkan oyster sos, kicap cair dan kicap pekat
4) perasakan dengan sedikit gula (tak perlu garam kerana sos sudah masin)
5) biarkan kuahnya mendidih dan agak pekat
6) tuang di atas ikan tadi
7) taburkan mangga muda, hirisan cili padi dan daun sup

note: hidang panas2... kalau lambat ikan menjadi tidak garing lagi

Sunday, March 27, 2011

Jenahak Goreng bercili

Weekend yang tidak berapa berwarna-warni. Semua demam termasuklah bibik ku. I decided to cook simple food



2 keping jenahak - digoreng
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
sedikit kunyit hidup
1cm belacan
air asam jawa
sedikit cuka
garam dan gula untuk perasa

1) Tumbuk kasar bawang besar, bawang putih, cilimerah, kunyit dan belacan
2) Tumis bahan tumbuk sehingga garing
3) Masukkan air asam jawa, sedikit cuka, garam dan gula
4) Masukkan ikan
5) Gaul rata

Monday, January 24, 2011

Asam Pedas Kari Ikan Pari

Sedap sangat resepi kali ni i masak Asam Pedas kari Ikan Pari. Rasa asam pedas tapi berempah. Kalau tak rasa nak makan nasi, boleh makan untuk cicah roti sandwich atau lempeng. Special kan? Nak resepi? Boleh saja...



Sekeping Ikan pari yang sudah dibersihkan dan dipotong
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji lada merah
Sejemput cili kering yang telah direndam
1 cm belacan
1 cm kunyit hidup
1/2 sudu jintan putih
1/2 sudu ketumbar
1 sudu rempah kari ikan
1 keping asam keping
sedikit air asam jawa
garam dan gula untuk perasa
segenggam bendi
sejemput daun kesum
sejemput daun kari

1) blend bawang besar, bawang putih, lada merah, cili kering, belacan, kunyit hidup, jintan putih dan ketumbar. Kemudian tumis bahan tersebut sehingga garing
2) masukkan rempah kari
3) masukkan air asam jawa, gaul sebati
4) masukkan asam keping, garam dan gula
5) masukkan ikan pari dan bendi
6) tutup api sehingga masak
7) masukkan daun kari dan daun kesum

siap masak, hidangkan panas2.. sedap tu!

Thursday, January 20, 2011

Ikan Siakap Stim Asam boi

Semalam was not a very good day.Dapat news from my very dear friend that her son was admitted to ICU, Hospital Selayang. We went to visit the baby, memang terasa sedih bila tengok keadaan baby kecik2 macam tu duduk dalam ICU. I pray for his speedy recovery. Sementara tu I hope that the parents will be strong to go through such a hard time like this. Berat mata melihat tapi berat lagi bahu yang memikul. Aunty is praying hard that Irsyad will recover cepat.
Lepas balik hospital, i decide to masak steam fish untuk dinner sebab ada siakap in the fridge. Kebetulan ada asam boi, so i buat Ikan Stim Asam Boi. Resepi as below:



Untuk ikan:

1 ekor Siakap
1 inci halia
2 ulas bawang putih
5 biji asam boi

1) Cuci ikan dengan air asam jawa, keringkan
2) lumurkan dengan garam dan lada putih
3) Hiris halus halia, bawang dan asam boi, tabur atas ikan
4) Steam setengah masak

Untuk Sosnya:

1 ulas bawang putih
2 sudu besar oyster sos
2 sudu besar fish sos
1 sudu besar kicap cair
sedikit kiub stok ayam
1/2 cawan air asam jawa
1 biji lada merah
1 batang serai
1 biji buah tomato1 biji limau nipis

1) tumis bawang putih
2) masukkan Oyster sos, fish sos, kicap cair dan air asam jawa
3) masukkan kiub ayam, gaul sebati
4) tuangkan sos ke atas ikan di dalam pengukus
5) masukkan tomato, tutup sebentar
6) taburkan lada merah dan serai
7) perah limau nipis
8) hidangkan panas-panas


makan dengan ulam-ulaman, guarantee berpeluh.. he he

Lepas ni i will not update my blog for a while sebab balik jb for my sister's wedding, so see u next week!

Monday, January 10, 2011

Sambal Sardin

Family's Favorite : Sambal Sardin



Resepi:

3 sudu cili kering yang sudah dikisar
1 tin sederhana sardin
Sedikit bawang besar
1 biji lada hijau
1 biji limau kasturi
garam dan gula utk perasa

Cara:
1. Tumis cili blend sehingga naik minyak
2. Masukkan sardin dengan kuah tomatonya sekali
3. Tabur garam dan gula, gaul sebati
4. Masukkan bawang dan lada hijau, tutup sebentar
5. Tutup api dan perah limau kasturi.

Saya hidang sekali dengan ulam Daun Gajus.. terangkat!

Thursday, January 06, 2011

New Year

It's been longgggg time since my last post in this blog... it was in 2005... tahun ni semangat baru, so i nak post satu resepi... bagi nafas baru orang kata.. jangan marah eh... ambik gambar dengan kuali terus heheh... baru testing2..



Ikan patin masak singgang cili padi tempoyak

3 keping ikan patin
1/2 biji bawang besar
1 biji bawang putih
3 biji cili padi
sedikit kunyit
sedikit lengkuas
1 sudu tempoyak
air asam jawa
buah tomato
baby jagung ( saya guna mushroom)
daun kesum

1. kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit n lengkuas
2. tumis sampai naik minyak, pastu tuang air asam jawa, rasakan garam n gula
3. campurkan tempoyak sehingga sebati
4. masukkan buat tomato n jagung
5. tabur daun kesum

hmmmm.... harum dan lazat...!