Showing posts with label Soup. Show all posts
Showing posts with label Soup. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

Nasi Air @ Moi Sup

Semalam saya masak *jangan Tak percaya* ..
Masak apa? saya buat Moi Sup... iaitu nasi lembik bersama sup... ala2 bubur tapi nasi... nasi yang dimasak lembik... haa... confuse tak?... hehe

Macam ni lah rupanya Moi Sup...

Dekat sikit - kot la tak nampak...

Nasi:
1pot beras
5pot air
- dimasak seperti biasa

Sup:
Bawang merah
Bawang putih
kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih
ayam
kiub ayam
minyak bawang putih

1) tumis bawang merah, bawang putih, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga
2) masukkan ayam, tumis sebentar
3) masukkan air, biar mendidih
4) masukkan kiub ayam
5) perasakan dengan garam, gula
6) tuangkan minyak menggoreng bawang putih
7) keluarkan isi2 ayam tadi, ketepikan

Ayam:
Minyak bawang putih
Kicap
Oyster sos
Lada hitam

1) panaskan minyak bawang putih
2) masukkan ayam yang sudah direbus dalam sup tadi
3) masukkan kicap, oyster sos dan lada hitam


Sambal cili:
Cili merah
Cili padi
bawang putih
bawang goreng (merah)
limau kasturi atau cuka
garam dan gula

1) blend semuanya kecuali limau kasturi
2) perah limau atau cuka ke dalam sambal


Minyak bawang putih (untuk kegunaan tersebut diatas):
Bawang putih dicincang halus
Minyak masak
-digoreng hingga kekuningan

* Moi sup dimakan bersama sup, ayam kicap, sambal cili, telur asin, lobak asin dan daun ketumbar, perah  sikit limau nipis, sedahappp...

* sesuai untuk mereka yang mementingkan penjagaan badan :)

Wednesday, May 11, 2011

Hot n Sour Soup

Ke'busy'an melanda ... tak sempat beberapa hari ni nak update blog.. masak pun tak sempat nak ambik gambar..
Hari ni baru lah i dapat ber'klik' lagi... agaknya bibik kat dapur kata... start dah makcik nih bergambor lagik... hik hik..

Hari ni masakan Cina lagi... i buat Sup Masam Manis...

Hot n Sour Soup

Isi Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Cendawan Shitake - direndam dulu
Cendawan putih - direndam dulu
Rebung di dalam tin - dimayang halus
Kiub Ayam
Buah tomato - dihiris
Tauhu - dipotong kecil
Kicap cair
Minyak bijan
Sedikit apple cider vinegar
Sedikit Cili kisar
Lada putih
Garam dan gula
Tepung jagung - dibancuh air masak
Telur - dipukul

1)  tumis isi ayam sehingga kekuningan
2)  masukkan 1 cawan air , biarkan mendidih sehingga ayam empuk
3)  keluarkan ayam dan ketepikan
4)  tumis cili kisar, bawang merah, bawang putih, halia dan cendawan shitake sehingga garing
5)  tuangkan bahan tumis didalam air rebusan ayam
6)  masukkan kiub ayam, kicap cair, minyak bijan dan apple cider vinegar
7)  masukkan ayam, buah tomato, cendawan putih, rebung dan tauhu
8)  perasakan dengan garam, gula dan lada putih
9)  masukkan bancuhan tepung jagung
10) masukkan telur sedikit demi sedikit supaya berbentuk jaluran halus didalam sup

*rasanya pedas2 masam... memang manyiak shiok aaa!!!

BTW, ni i nak tunjuk-tunjuk jugak hadiah dari Hadif n Nuha sempena mother's day hari tu...

It's the thoughts that counts.... kan... kan..... But honestly, i really love them.. hiks!