Showing posts with label western. Show all posts
Showing posts with label western. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Fried Taco

Hi frens! Berbuka apa semalam? I buat mee sup tomato and Tacos. Walaupun resepi yang ni tak berapa glamour, tapi memang special.. semua orang mintak tambah semalam... satu sorang tak cukup! So i kena buat 2nd batch lak malam tadi sebelum tido.

Sorry gambar pakai camera lama ni kelabu asap... now baru i ingat kenapa i beli camera baru dulu... pas ni  maybe kena try ambik gambar pakai phone lak...

2nd attempt - tak dapek nak nolong dah... kelabu jugekkk...

Anyway, cara membuatnya :

Tortillas
Daging cincang
Buah tomato
Daun salad - lettuce
Cheddar cheese
Taco seasoning mix
Salsa - i pakai medium, kalau nak pedas beli yang hot
sour cream - (tak buat)
avocado - untuk dijadikan guacomole (tak buat)

1) panaskan tortilla sheets atas kuali panas
2) kemudian goreng berbentuk lipatan dua (akan menjadi keras, rangup)
3) goreng daging cincang sehingga empuk, taburkan sedikit taco seasoning mix, toskan
4) hiris salad dan buah tomato
5) susun salad dan tomato dalam taco shells
6) kemudian daging cincang tadi
7) kemudian cheddar cheese
8) diakhiri dengan sos salsa

*hidang bersama sour cream dan guacomole (tak buat sebab takde dalam stok my peti ais ajaib)

Monday, July 18, 2011

Lasagna

It's a treat for the kids.. Lasagna for today's lunch!


Buat dua - satu lagi untuk my bestfreng :))

Bolognese sos:
Daging cincang
Bawang putih
Buah tomato 'pormodoro' (fresh or canned, i used fresh)
Grape juice
Tomato soup
Black pepper
Italian herbs
Olive Oil

1) Rebus tomato hingga lembut, toskan dan hancurkan menjadi seperti paste.
2) Panaskan olive oil, tumis bawang putih yang dicincang halus, masukkan daging cincang
3) Masukkan paste tomato tersebut ke dalam tumisan daging, biar renih
4) Masukkan tomato sup, grape juice
5) Perasakan dengan garam, black pepper dan italian herbs
6) Renihkan 1 jam, bakar pula dalam oven lagi 1 jam

Bechamel Sos:
Susu segar
Butter
Tepung gandum
Keju parmesan
Sedikit garam
Sedikit black pepper

1) Panaskan Butter
2) masukkan tepung gandum, sentiasa kacau supaya tidak berketul
3) Masukkan susu segar, kacau sehingga mendidih
4) Masukkan keju parmesan
5) Perasakan dengan garam dan black pepper

Lasagna:
1) Sediakan bekas lasagna
2) Susun lasagna sheets
3) tuang dan ratakan selapis sos bolognese
4) tuang selapis bechamel sos
5) taburkan 3 jenis cheese (mozarella, cheddar dan parmesan)
6) susun lasagna sheets semula, bolognese, bechamel dan cheese (setebal yang anda suka)
7) disudahi dengan lapisan cheese seperti pizza
8) bakar atas bawah pada suhu 180darjah, selama 30minit

*** PRONTO!

Wednesday, July 06, 2011

Chicken Rissoles

Oh tepat 2 minggu blogku tak berasap. .. rindu rasanya tak terhingga.. so hari ni i nak post resepi yang agak istimewa...Ramadhan pun dan dekat, sesuaaai untuk menjadi hidangan berbuka puasa... tak caya, cuba try test, tengok!

sedap bangat donk!

Kulit:
2 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 sudu kecil garam
1) diblend dan ditapis
2) dimasak seperti lempeng roti dadar

Inti:
Bawang putih, dicincang halus
Bawang merah, dicincang halus
Kentang, dipotong dadu
Carrot, dipotong dadu
Ayam, dipotong dadu
Daun sup, dihiris halis
Kiub ayam
Air bancuhan tepung gandum
Lada sulah, garam dan gula
1) rebus kentang dan carrot sehingga empuk
2) tumis bawang putih dan bawang merah
3) masukkan ayam, kiub ayam, dan sedikit susu
4) perasakan dengan garam, gula dan lada sulah
5) masukkan kentang, carrot, dan daun sup
6) tunagkan air bancuhan tepung gandum
7) gaul sehingga adunan pekat
8) tunggu sehingga sejuk

Rissoles:
1) letakkan dua sudu besar adunan kedalam kulit lempeng
2) balut seperti popia, gamkan dengan kuning telur
3) celupkan rissoles ke dalam bancuhan putih telur
4) selepas itu, celupkan ke dalam breadcrumb pula
5) goreng dengan api kecil.

 * rissoles ini boleh juga difrozenkan jika anda membuatnya berlebihan.




Saturday, June 11, 2011

Pizza Margherita

Semalam. tetiba Hadif request pizza, so terpaksa lah i menguli malam2 dekat pukul 9 jugak lah.. pukul 10 baru pizza siap..
Sanggup pulak dia menunggu... dan inilah hasilnya..

Pizza Margherita (without the basil leaves sbb malas nak gi petik kat luar rumah malam2) - favorite anak2 tercinta...

Dough:
500gm tepung roti
1/2 sudu besar garam
7gm instant yeast
1/2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil
320mil air suam

1) ayakkan tepung bersama garam
2) bancuh instant yeast bersama gula, olive oil dan air suam - biar beberapa minit sehingga berbuih
3) tuang bancuhan ke dalam tepung, dan uli sehingga berbentuk doh
4) simpan didalam bekas yang ditutup dengan kain lembap sehingga doh kembang dua kali ganda

pizza:
1) bahagi doh kepada 3 bahagian
2) ambil satu bahagian dan canai berbentuk bulat
3) tabur sedikit tepung diatas dulang pizza dan letak doh diatasnya
4) tuangkan sos prego traditional
5) taburkan 3 jenis keju cheddar, parmesan dan mozarella
6) taburkan sedikit olive oil
7) bakar didalam oven pada 180degree selama 20min

*  sedap dimakan bersama cili oil... nyum nyum!!
* doh yang selebihnya boleh dibalut dengan cling wrap dan disimpan dalam petisejuk beku