Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Monday, September 12, 2011

Lontong

Assalamualaikum!
Long time no see... maklum lah semangat syawal belum habis lagi...!
Seronoknya raya, tak boley nak cite... makan pun sedap2 belaka! I pun tak sempat 2 nak amik gambar untuk my blog ni...
Tapi hari ni tak tertahan windu kat blog ni... so i upload masakan i yang tak seberapa ini:

Lontong kuah... ada yang suka pekat, tapi i suka cair lagi tangkap leleh!

Kuah:
Bawang merah
Bawang putih
Halia - sikit je
Lengkuas
Serai
Kunyit
Udang kering -rendam dulu
Ikan bilis - pun rendam dulu
Santan pekat
 Santan Cair
Kacang panjang
Kobis
Carrot
Terung
Soh Hoon
Foo Cuk
Tempe - goreng dahulu
Tauhu - pun goreng dahulu
Daun Bay

1) tumis bahan blend dan daun Bay sehingga naik minyak
2) masukkan air sedikit
3) masukkan sayur-sayuran, biar layu
4) masukkan santan cair, biar mendidih
5) masukkan santan pekat, gaul rata
6) perasakan dengan garam gula, musti ada mak aji sket :))

* hidang bersama sambal bilis dan telur rebus

Jemput makan yek... Selamat Hari Raya n Maaf Zahir Batin!!

Friday, July 08, 2011

Sambal berlada Labu Manis

Manisnya labu ituuu....


Labu Manis
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji lada merah, 1 biji cili padi
1 sudu besar udang kering - direndam dahulu
sedikit kunyit hidup

1) potong labu sebesar 2 inci,
2) kukus sehingga lembut
3) tumbuk bahan2 diatas
4) tumis sehingga garing
5) perasakan dengan garam dan gula
6) masukkan labu, gaul rata

Friday, June 10, 2011

I'm backkkk

Cewah... i'm back i'm back pulak kita yek... macam la ada yang suka... he he...
Bukan apa.... mood cuti masih ada lagi ni... so sangat lah happy untuk sisa2 cuti yang tinggal beberapa hari lagi ni... 14 hari rasa macam sekelip mata je... macam2 macam tempat pergi... so memang dapur i pun ikut cuti sama le... :))
Semalam baru lah anak2 i balik dari rumah nenek diorang... and my family pulak datang visit... so barulah dapur i start enjin semula...
Apa yang i masak? seperti biasa sempoi2... Sup Tulang, Ayam Goreng Berempah dan Sayur Goreng Campur....

Sup tulang istimewa saripah... i'll post the resepi minggu depan je lah ekkk...


Ayam goreng berempah istimewa saripah jugakk....


Sayur Campur

Sempoiii... !!

Tapikan... sebelum i akhiri resepi merapu hari ni... i ada misteri untuk u uols... tengok gambar di bawah...

Cuba teka apakah objek di dalam gambar di atas ?? cer teka cer teka... *wink*

p/s: already have 1 follower now! thank you asknomster :)

Thursday, April 28, 2011

Sup Air Sawi putih dan Betik muda

Cak... Makan lunch apa hari ni?
I masak Sayur Air .. ini resepi yang di 'pass' kepada i oleh my aunty kat perlis... Hai... memang membuka selera, lagi2 makan dengan ikan kering, telur dadar dan sambal belashan... GULP! nak lagi...!!


1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
sedikit ikan bilis
sedikit belacan
Sawi putih
Betik Muda
Buah tomato
Baby corn


1) tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
2) masukkan 2 cawan air
3) masukkan belacan dan cili padi yang di ketuk
4) masukkan betik muda, baby cornm buah tomato dan batang sawi putih
5) perasakan dengan garam dan gula
6) masukkan daun hijau
7) tutup api

*masakan simple yang sangat sedap kerana ada terasa manis2 sayur-sayuran yang didalamnya...
  Hmmm... masih berbau belashan di tanganku ini.... ahaks!




Wednesday, April 13, 2011

Stuffed Eggplant @ Brinjal in Black Bean Sauce

Tu dia... berbelit lidah nak sebut.. namun hatiku sangat berbunga2 di hari yang indah ini... :))
Resepi ni i dapat dari seorang bujang (hmmm.. tak sure sekarang ni still bujang lagi tak... sebab dah lamaaa lost contact) yang sangat pandai memasak. I kenal dia masa duk Swiss dulu. Nama dia Mr. Fadli Wong. Dia ni seorang Chinese Muslim.. terer masak.. u name it.. he'll cook it for you... paling i teringat 'yee sang' nya yang sangat sedap...
Hari ni i nak masak resepi Fadli iaitu 'terung sumbat dengan black bean sauce'

Inilah rupa terung yang sudah disumbat dengan fish paste atau isi ikan.. yang di atas ni i pakai ikan tenggiri yang ditumbuk bersama udang kering dan lada hitam

Selepas goreng.. hmmm.... semerbak harummm baunya...

Walaaa.... dah siap..  masakan cina tak boleh lama2 and api kena kuat supaya garing di luarnya.. Dan lagi, lepas masak... kena terus makan... supaya tidak lemau dan benyek kata orang johor pulak..

Dan inilah dia sos yang pakai... sebenarnya i prefer brand Lee Kum Kee... tapi this time puas cari tak jumpa, so capai aje apa yang jumpa.. boleh tahan gak rasanya cuma black bean nya lebih berketul2 dari Lee Kum Kee...

Resepinya:

1 biji terung panjang
1 keping ikan tenggiri
1 sudu kecil udang kering - direndam seketika
3 sudu besar Black Bean Sos
1 ulas bawang putih
sedikit lada hitam
1 sudu besar gula
(tidak perlu garam kerana black bean sos sudah masin)

1) tumbuk isi ikan tenggiri dengan udang kering
2) potong terung setebal dua inci, di sumbat tengahnya dengan isi ikan
3) goreng terendam terung sehingga kekuningan, ketepikan
4) tumis bawang putih
5) masukkan black bean sos dan gula
6) masukkan terung
7) tutup api
8) hidang segera

note: sesuai dimakan dengan nasi.
Selamat memasak!

Thursday, March 24, 2011

Acar Pelam Muda

Hari ni i terasa nak makan yang masam2 sikit. Kebetulan ada beli pelam muda. Apalagi... ting!.. Acar Pelam Muda lah nampaknya..



pelam muda dibelah dua (atau empat), buang biji
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit cili padi - optional
5 sudu kecil rempah kari daging - dilarutkan dengan air
2 sudu besar kerisik
1 inci gula melaka
3 sudu besar air asam jawa

1) kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi
2) tumis bahan kisar sehingga naik minyak
3) masukkan rempah kari
4) masukkan gula melaka dan kerisik
5) masukkan air asam jawa
6) perasakan dengan garam dan gula
7) biarkan sehingga pelam lembut
8) tutup api

Ni kalau masak ni memang i dengan bibik je makan, yang lain semua orang2 sup tak minat masakan kampung ni.. nampaknya guarantee kena makan luar lagi malam ni..:P

Thursday, March 03, 2011

Sayur Goreng Kicap




Bawang besar
Bawang putih
Secubit ikan bilis
Bendi
Carrot
Buah Tomato
Lada Benggala
Kicap manis

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
2) Masukkan sayur
3) Tuang kicap dan perasakan dengan garam secukup rasa
4) Gaul rata, tutup api

note: Masak sayur ni kena cepat segala2nya, kalau boleh dah ready semua bahan2 ditepi kuali yek cik puan.. *wink*

Kerabu Mangga

Fuhhh... yang ni memang menggiurkan. Masam-masam manis rasanya.



1 biji pelam muda
1/2 biji buah tomato
1/2 biji bawang besar
1 biji cili padi
1/2 biji limau nipis
1 sudu besar ikan bilis digoreng
1 sudu kecil sos ikan
gula dan garam

1) pelam muda diracik atau disagat
2) hiris buah tomato, bawang besar dan cili padi
3) gaulkan semua bahan2 diatas

Hidang bersama nasi panas, i love it!

Thursday, January 06, 2011

Kacang buncis sambal tumis ikan bilis

rajin lak hari ni sbb i nak letak satu lagi resepi



Kacang buncis dengan sambal tumis ikan bilis

segenggam cili kering
1 biji lada merah
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan
air asam jawa
segenggan ikan bilis goreng
kacang buncis
garam dan gula

1. Kisar semua bahan kecuali air asam jawa dan kacang buncis
2. Tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak kemudian tuangkan air asam jawa
3, Perasakan garam dan gula
4. Masukkan ikan bilis goreng
5. Masukkan kacang buncis
6. Tutup

sedapppp!