Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Thursday, August 04, 2011

Beefball Noodle


Hari ini ialah hari yang ke-4 kita berpuasa. We all dah tak ada terasa nak makan nasi dah, kali ni nak yang ringan2 aja. Jom makan noodles lak jom!

 Clear Soup - membuat badan rasa sedap dan ringan selepas makan :)

Soup:
Daging
BeefBall
Bawang putih
Halia
Kiub Daging
Kicap manis
1) Rebus daging dengan bawang putih dan halia hingga empuk
2) Masukkan kiub dan kicap manis
3) Masukkan beefball
4) Biar sehingga mendidih

Sos:
Cili merah
Cili padi
Halia
Limau kasturi (1/2 untuk blend, 1/2 untuk perah airnya)
Garam dan gula
Sos cili thai
- blend kesemuanya

* hidang bersama mee kesukaan anda (saya guna mi tiao)

* dah siap, simple and delicious, enjoyyy!!


Sunday, July 24, 2011

Mee Rebus Tulang


Cuaca sangat best hari ni, jom pi  library... sebelum tu kita isi perut dulu... what's in the kitchen? Mee Rebus Tulang... nyum.. nyum..

Sorry no taugeh... satu family tak suka taugeh.... so, save 50sen... he he...

Tulang - direbus hingga empuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili boh
Udang kering - direndam
Keledek - direbus dan dilecek
Rempah kari daging
Ketumbar Biji - disangai dahulu
Serbuk lada hitam
Bancuhan tepung jagung

1) Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, udang kering ketumbar dan serai
2) Tumis cili boh dan bahan blend sehingga garing
3) Masukkan kari daging
4) Masukkan air rebusan tulang
5) Masukkan keledek lecek
6) Biar mendidih, masukkan tulang
7) Masukkan bancuhan tepung jagung
8) Perasakan dengan garam, gula dan lada hitam
9) Hidang bersama telur rebus, cili hijau, bawang goreng, limau kasturi, tauhu goreng dan kicap manis

* pilihan bahan tabur lain adalah taugeh, daun sup dan daun bawang
* best gak untuk dijadikan menu berbuka puasa nieh...


Thursday, June 16, 2011

Kuey Teow Goreng

Selamat Pagi  :)
Dah breakfast ke? Jangan breakfast lambat2 nanti perut masuk angin pulak...
Hari ni buat Kuey Teow Goreng untuk sarapan...
Feveret Nuha ni... Like she said, 'I suka kalo Umi masak mee yang flat2 and black2 color and pedas2 sikit tu'... Kuey Teow nama nya Nuha sayang...


Bawang merah
Bawang putih - lebih sikit, dicincang halus
Cili kering blend - sikit je
Oyster sos
Tomato sos
Kicap pekat
Kicap manis
Isi ayam
Udang segar
Sawi
Carrot
Buah tomato
Taugeh - optional
Telur

1) tumis bawang merah, bawang putih dan cili blend
2) masukkan ayam dan udang
3) masukkan oyster sos, tomato sos, kicap pekat dan kicap manis
4) masukkan sayur2an dan telur
5) masukkan kuey teow, gaul rata

tips: seeloknya goreng kuey teow pada api yang besar supaya bahannya lebih garing dan tidak lembik

* dapat tengok Gerhana Bulan pagi tadi, Subhanallah...!

Wednesday, May 25, 2011

MeeHoon Cantonese

Panas! Bukan hatiku tetapi cuaca panas terik... rasa nak duduk dalam aircond je...
Beruntungnya orang2 yang bekerja yek... duduk dalam opis serba aircond.. Tak le macam kita housewife ni... jadi driver anak2 tercinta.. kuikuikui
Marilah melayan resepi i untuk CikMat malam tadi...-------> MeeHoon Cantonese (takyah susah2 nak teka ye dak?)

Mee yang rangup dituang dengan sup ... dua kali tambah beb..


Bawang putih - dicincang halus
Sedikit ayam
Sedikit sotong
Sedikit udang
Kiub ayam
Oyster sos
Fish sos
Sawi
Carrot
Telur
Bancuhan tepung jagung
Sedikit lada sulah

1) tumis bawang putih
2) masukkan ayam, sotong dan udang
3) masukkan air
4) masukkan kiub ayam, oyster sos dan fish sos
5) masukkan bancuhan tepung jagung
6) apabila mendidih, masukkan telur
7) masukkan sayur sawi dan carrot
8) taburkan lada sulah
9) goreng meehoon kering dengan minyak (mee akan kembang seperti keropok)
10) tuang kuah diatas mee tadi (akan kedengaran bunyi sizzling)

* hidang dengan cili potong atau cili jeruk

Thursday, May 12, 2011

Fusili Goreng

Hai semua, apa kabar?
I bangun lambat sebab tak berapa sihat hari ni... maklum lah time 'kawan' datang hujung bulan ni... adeh... tak larat nak layan dah 'kawan' ni bila datang... harus kena telan panadol baru ok... rupa pun nampak 'poyo' jek .. sekarang baru lah nak ke pasar dah masuk tengahari ni...

tapi i nak update masakan semalam untuk anak2 tercinta...


1/2 peket fusili - direbus
Sedikit daging - dicincang
Bawang merah
Bawang putih
1 tin prego - perisa original
Buah tomato
Carrot
Lada benggala hijau
Daun basil
Butter
Telur

1) tumis bawang merah, bawang putih dan daging cincang
2) masukkan prego
3) perasakan dengan garam, gula dan lada hitam
4) masukkan fusili, buah tomato, carrot dan lada benggala, gaul rata
5) masukkan butter dan telur, gaul lagi
6) masukkan daun basil
7) gaul dan tutupkan api


Thursday, April 28, 2011

Spaghetti with Roast beef and Rocket salad

Menggiurkan tak tajuk hari ni? My family kalau daging2 ni memang terliur ajek... Macam Cik Mat cakap... SEDAP GILER...


Tenderloin Beef
Black pepper sos
Tomato sos
Rosemary
Thyme
oregano
Salt n Pepper
Olive Oil
Bawang putih
Bawang merah
Buah tomato
Terung dihiris nipis
Setengah peket spaghetti
Butter
Daun Basil
Serbuk paprika

1) marinade beef dengan black pepper sos, tomato sos, rosemary, thyme, oregano, olive oil, salt n pepper
2) roast beef dengan buah tomato dan terung on 200degrees selama 30-40minit, siram sedikit lagi olive oil
3) tumis bawang putih, bawang merah
4) masukkan spaghetti bersama buah tomato dan terung yang sudah digrill tadi
5) taburkan garam, pepper, serbuk paprika, daun basil dan butter
6) gaul rata
7) hidang spaghetti bersama roast beef yang dihiris nipis dan Rocket salad (instant with balsamic dressing)


* Jangan lupa baca Bismillah dulu yek !!

Wednesday, April 27, 2011

Mee Hailam

Sabah Nur kawan2... maknanya Selamat Pagi :)
Saya datang lagi :) Semalam saya masak Mee Hailam untuk family..

Biasa la.... takde ghopa lain... balik2 Mee jek blog ni... kui kui kui..

Sedikit isi ayam
Sedikit udang
sedikit sotong
sedikit fishball
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar oyster sos
1 sudu besar kicap pekat
Sayur sawi
Carrot
Baby corn
Bancuhan tepung jagung
Telur
Sedikit lada hitam
1 peket mee

1) tumis bawang merah dan bawang putih
2) masukkan isi ayam, sotong, fishball dan udang
3) masukkan oyster sos dan kicap pekat
4) masukkan air
5) masukkan air bancuhan tepung jagung
6) masukkan telur
7) perasakan dengan garam, gula lada hitam dan sedikit minyak bijan
8) masukkan sawi, carrot dan baby corn
9) hidangkan bersama mee kuning yang sudah dicelur

* sedap makanan home-cooked ni, kat luar bayar mahal2 belum tentu marbelles macam ni :)

Wednesday, April 20, 2011

Bo Kho with Pho

Voit-Ik.. that's 'How Are You?' in Vietnamese..
Sebenarnya i tak pernah lagi pergi Vietnam... cuma pergi ke restoran Vietnam jek.. :)
Kenapa yang i sibuk2 pasal Vietnam ni? Sebabnya.... semalam i buat Bo Kho iaitu Vietnam Beef Stew... bersama Pho iaitu Vietnam Noodle Soup..

Pho - Beef Noodle Soup

Bo Kho - Beef Stew

Garnishing

Pho broth :
Daging dipotong kiub
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang
1 kiub daging
fish sos

1) tumis bawang merah, bawang putih dan halia
2) masukkan kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang
3) masukkan air dan kiub
4) masukkan daging
5) masukkan fish sos
6) masak sehingga daging separuh empuk
7) keluarkan daging
8) perasakan sup dengan garam dan gula

Bo Kho:
Daging yang telah direbus tadi
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Serai
1 sudu besar 5 spice powder atau curry powder
3 kuntum Bunga lawang
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu besar gula melaka
Tomato sup
Carrot
Lada hitam
Daun Bay

1) kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai
2) tumis bahan kisar sehingga garing
3) masukkan 5 spice powder
4) masukkan tomato sup
5) masukkan daging dan sedikit air
6) masukkan kicap pekat, gula melaka, bunga lawang, daun bay dan lada hitam
7) renihkan sehingga daging empuk
8) masukkan carrot
9) apabila carrot empuk, tutup api

* Bo kho ini kalau tidak dihidang dengan clear sup tadi, selalunya dimakan juga dengan roti perancis. Resepi asalnya memerlukan daging diperam bersama bahan kisar dan 5 spice powder selama satu malam...
* Saya hidang bersama Pho dan bahan tabur di atas. 
* taugeh menjadi bahan tabur utama untuk Pho tetapi saya tidak hidangkan bersamanya sebab kami tak suka  makan taugeh... 

Banyak kerja untuk menyiapkan hidangan ni... tapi hasilnya sangat la NGON !!

Monday, April 18, 2011

Mee Sup Tomato for Sunday Tea

Selamat Hari Isnin pada semua.. Apa azam anda semua hari ni?  Azam i hari ni nak spring cleaning bilik anak2 tercinta... harap tercapai azam yang dah postpone agak lama juga... Tak boleh nak harap bibik sebab part susun2 dia memang angkat tangan..

Semalam i have guest at tea time, so i hidangkan Mee Sup Tomato bersama timun ..

Resepi turun temurun my family. Ianya menjadi hidangan wajib untuk kami adik-beradik di waktu berbuka puasa.. Resepi asalnya menggunakan mee kuning tetapi semalam i gunakan spaghetti sebab i takde mee kuning.. tapi don't worry, sedap juga guna spaghetti. Dulu masa belajar kat obersee kan takde mee kuning, so kita student2 ni pakai spaghetti je... takyah susah2 nak pikir ye dak... :)

Dimakan pula dengan timun dan sos cili ni... mau tak meleleh... sangat menyegarkan di petang2 hari.. krup krap krup krap... he he

Sedikit daging direbus dan dihiris
Sedikit udang basah
Segenggam bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji cili merah, dibuang biji
1 sudu besar udang kering, direndam dulu
Carrot
Sawi
Tauhu
Buah tomato
Telur
1/2 botol tomato sos, (jangan tak percaya)
2 sudu tomato puree

1) kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan udang kering
2) tumis bahan kisar hingga garing
3) masukkan air rebusan daging bersama dagingnya sekali
4) masukkan sos tomato dan tomato puree
5) masukkan udang, carrot, tauhu, sawi dan buah tomato
6) pecahkan telur
7) hidangkan bersama mee kegemaran anda

Note: ada yang confius resepi ni dengan mee bandung.. bezanya ialah mee bandung ada pakai sos tiram dan sedikit kacang, ada fishball dan sotong.. yang ni takde yek tuan2 dan puan2...

Monday, April 04, 2011

Mee Sup Sayur

My lunch for today :



1/2 biji bawang merah - dihiris
2 biji bawang putih - dihiris
Sedikit ayam
Sedikit udang basah
Sedikit sotong basah
1/2 kiub ayam
2 sudu besar Oyster sos
2 sudu besar Sos ikan
Carrot
Sawi Telur
Lada Sulah
Mee kuning

1) tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan
2) masukkan ayam, udang dan sotong
3) masukkan air
4) masukkan kiub, oyster sos dan sos ikan
5) apabila mendidih, masukkan carrot dan batang sawi
6) perasakan dengan garam, gula dan lada sulah
7) pecahkan telur
8) akhir sekali, apabila telur masak, masukkan daun sawi dan mee kuning
9) tutup api, hidangkan panas2 bersama bawang goreng

p/s : fyi, semua masakan sup yang saya masak tak pernah saya makan, cuma hidang pada keluarga. Tetapi my frens, yang ni, i makan sampai habis licin... :)

Friday, April 01, 2011

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese ni sangat simple dan fulfilling, don't u think?



1 senduk daging cincang
1 biji bawang merah - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dicincang
1 biji buah tomato - dipotong dadu
1 tin diced pormodoro
2 sudu besar tomato puree
Carrot - dipotong dadu
3 keping Basil Leave
Minyak Zaiton
Lada Hitam
Italian Herbs
Keju Parmesan

1) Tumis bawang besar dan bawang putih bersama minyak zaitun
2) masukkan daging cincang, gaul sehingga daging menjadi garing
3) masukkan diced pormodoro, buah tomato dan tomato puree
4) biarkan sehingga tomato menjadi hancur
5) masukkan carrot
6) masukkan basil leave, lada hitam, italian herbs dan sedikit garam
7) biarkan ia renih selama 40min
8) keluarkan dan bakar pula didalam oven selama 30min
9) Hidang bersama spaghetti dan keju parmesan

Wednesday, March 02, 2011

MeeHoon goreng putih

Pagi tadi i sempat masak breakfast. Menunya ialah Meehoon Goreng Putih. Yang ni memang menu favorite orang Johor.




2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Isi ayam
Fishball
1/2 Kiub ikan bilis
carrot
sawi
buah tomato
sedikit lada sulah

1) Hiris bawang dan tumis.
2) Masukkan isi ayam dan gaul sehingga ayam masak
3) Masukkan Fishball yang dibelah dua
4) Tuang sedikit air, masukkan kiub ikan bilis.
5) Perasakan dengan sedikit garam dan gula
6) Masukkan carrot, sawi dan buah tomato
7) Gaul rata
8) Masukkan sedikit lada sulah

Hidang bersama hirisan timun dituang sos tomato atau cili jeruk ataupun cili potong, guarantee Marbelles!

Friday, February 25, 2011

Mee Hainam

Semalam i masak mee lagi untuk dinner. Kat rumah i ni, kalau masak nasi, tak laku sangat, cuma Nuha je yang perabih lauk. Lepas fikir punya fikir, i decide untuk masak Mee Hainam


Ni rupa mee yang i guna, celur sekejap dalam 1-2minit sahaja.


Dah campur kuah, rupanya jadi begini :-D

Resepinya:
Bawang merah
Bawang putih
Udang basah
Isi ayam
Oyster Sos
Fish Sos
Kicap cair
Syok Ayam
Carrot
Brokoli
Cendawan tiram
Buah tomato
Tepung jagung

1) Tumis bawang merah dan putih
2) Masukkan udang dan ayam
3) Tuang air, masukkan stok ayam
4) Masuk oyster sos, fish sos dan kicap cair
5) Masukkan sayur, perasakan dengan garam dan gula
6) Masukkan adunan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air.

Seperti biasa, Cik Mat mesti nak makan mee dengan cili potong untuk mencapai tahap kepuasan yang maksimum he he

Tuesday, February 22, 2011

Spaghetti goreng

Semalam i buat spaghetti goreng untuk anak-anak makan. Sempoiii...




Resepinya:

1/2 bungkus spaghetti, direbus
Sedikit udang basah
sedikit ayam cincang
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Carrot
Sawi
1 biji Telur
Tomato sos
Cili sos
Oyster sos

1) Tumbuk bawang besar dan bawang putih dan tumiskan
2) Masukkan udang dan ayam
3) Masukkan tomato sos, cili sos dan oyster sos
4) Perasakan dgn garam dan gula
5) Masukkan carrot dan sawi
6) Pecahkan sebiji telur
7) Masukkan Spaghetti, kacau sehingga rata

yang ni memang favorite my children :)

Monday, February 21, 2011

Laksa Lemak

Semalam I buat Laksa Lemak untuk tetamu yang datang my house. By the end of the day, habis licin.. senang nya dalam hatikuuu...



Resepinya:

Bahan Kuah:
6 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil lada hitam
3 peket santan (RM2)
3 keping Asam keping
gula melaka
garam dan gula

1) Rebus ikan kembung bersama asam keping dan gula melaka
2) Ambil isi ikan, buang tulangnya dan kisar hingga lumat
3) Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam
4) Tumis bahan kisar sehingga naik minyak
5) Masukkan ikan dan asam keping
6) Masukkan santan dan kacau perlahan hingga mendidih
7) Perasakan dengan garam dan gula

Mee:
Spaghetti atau mee laksa

Bahan Tabur:
Daun kesum yang dihiris halus
Kacang panjang yang dihiris halus
Bunga kantan yang dihiris halus
Timus yang dihiris
Limau nipis
Sambal belacan

note: hidang dengan kuah yang panas lebih terangkat!

Friday, February 18, 2011

Beef Noodle

Lama tak update masak-memasak, Maknanya apa tu? Ertinya, asyik masak menu yang sama aje he he... Anyway, hari ni i masak Beef Noodle. Favorite Cik Mat ni, kalau boleh hari2 dia nak..



Resepinya:

Daging batang pinang - dihiris nipis2
3 ulas Bawang putih
1/2 inci Halia
3 sudu besar Kicap cair
2 sudu besar Madu
2 sudu besar Minyak Bijan
Cendawan shitake
Daun Bawang
Daun Ketumbar
Tauhu Lembut
1/2 Kiub Stock Daging
1 sudu kecil Lada Hitam
Hirisan Limau nipis
Meehoon- direndam air panas dan tapis

1) Rebus daging sehingga lembut
2) Tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat, masukkan ke dalam air rebusan daging
3) Masuk kiub daging
4) Masuk kicap cair, madu dan minyak bijan
5) Apabila mendidih, masukkan cendawan dan tauhu
6) Rasakan dengan garam, sedikit gula dan lada hitam
7) Masukkan daun bawang, tutup api
8) hidangkan mee dengan daun ketumbar dan limau nipis.

Enjoy!

Friday, January 14, 2011

Kuey Tiau Cantonese

Tik Tok Tik Tok.. Hari2 kena fikir nak masak apa.. tapi My family paliinggg suka mee yang berkuah, paling sempoi buat steamboat gerenti licin..
Semalam i buat Kuey Tiau Cantonese @ Kuey Tiau Banjir.. Makan pulak dengan cili potong.. memang la sedap! Pas makan badan pun tak la rasa heavy sangat kan..


Tengok tu, kuah kena la banyak, kalau tak tak sedap la kan..


Wajib la makan dengan cili potong.. kita kan orang Malaysia.. mesti ada pedas2!

Kuet Tiau Cantonese versi sempoi

Sebungkus kuey Tiau
2 ulas Bawang putih dicincang halus
1 inci Halia dimayang
segenggam daging, direbus
carrot
bak choy
air daging
1/2 kiub daging
2 sudu besar oyster sos
1/2 cawan air yang dicampur cornflour
telur, dipukul
sedikit serbuk lada sulah
garam gula utk perasa

Untuk kuey tiau:
1. tuang sedikit minyak dan goreng kuey tiau dengan kicap pekat sehingga garing
2. angkat letak dan ketepikan

Untuk kuah:
1. tumis bawang putih dan halia
2. tuangkan air daging, tunggu sehingga mendidih
3. masukkan daging, carrot, kiub daging
4. masukkan oyster sos, garam dan gula
5. tuangkan air cornflour, gaul sebati sehingga kelihatan agak2 pekat sedikit
6. tuangkan telur, gaul supaya kelihatan nipis
7. masukkan bakchoy dan lada sulah
8. tutup