Friday, January 14, 2011

Kuey Tiau Cantonese

Tik Tok Tik Tok.. Hari2 kena fikir nak masak apa.. tapi My family paliinggg suka mee yang berkuah, paling sempoi buat steamboat gerenti licin..
Semalam i buat Kuey Tiau Cantonese @ Kuey Tiau Banjir.. Makan pulak dengan cili potong.. memang la sedap! Pas makan badan pun tak la rasa heavy sangat kan..


Tengok tu, kuah kena la banyak, kalau tak tak sedap la kan..


Wajib la makan dengan cili potong.. kita kan orang Malaysia.. mesti ada pedas2!

Kuet Tiau Cantonese versi sempoi

Sebungkus kuey Tiau
2 ulas Bawang putih dicincang halus
1 inci Halia dimayang
segenggam daging, direbus
carrot
bak choy
air daging
1/2 kiub daging
2 sudu besar oyster sos
1/2 cawan air yang dicampur cornflour
telur, dipukul
sedikit serbuk lada sulah
garam gula utk perasa

Untuk kuey tiau:
1. tuang sedikit minyak dan goreng kuey tiau dengan kicap pekat sehingga garing
2. angkat letak dan ketepikan

Untuk kuah:
1. tumis bawang putih dan halia
2. tuangkan air daging, tunggu sehingga mendidih
3. masukkan daging, carrot, kiub daging
4. masukkan oyster sos, garam dan gula
5. tuangkan air cornflour, gaul sebati sehingga kelihatan agak2 pekat sedikit
6. tuangkan telur, gaul supaya kelihatan nipis
7. masukkan bakchoy dan lada sulah
8. tutup

No comments: