Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Ikan Tuka Bakar Portugis

Yuhuuu.... lama tak berupdate blog ni... nampak berhabuk pulak... hehe...
Banyak betul makan di luar minggu ni, maklum la, dengan mother's day, pastu bithday CikMat pulak.. bertimpa2 kek dalam peti ais..
Banyak2 makan luar ni, terasa nak makan simple2 je hari ni, so i bakar ikan Tuka ala Portugis. Tak tau la pulak sejarah resepi ni, mungkin orang portugis pun makan sambal yek..
Ni biasanya masakan Johor lah ikan bakar bersambal macam ni kan. Ishhh... terliur dah ni...

mahap yek, gambar kurang memuaskan..

1 ekor ikan tuka/ pari kecil
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 biji cili merah
3 sudu cili kering blend
sedikit lengkuas
sedikit belacan
1 btg serai
sedikit kicap pekat

1) kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, serai, lengkuas dan belacan
2) tumis bahan kisar dengan cili kering blend hingga garing
3) masukkan garam, gula dan kicap pekat
4) bakar ikan di atas daun pisang sehingga separuh masak
5) tuangkan sambal yang ditumis tadi, tutup sehingga masak sepenuhnya
6) perah limau kasturi semasa menghidang

* boleh tukar ikan dengan makanan laut yang lain seperti udang atau ketam

Tuesday, April 19, 2011

Sambal Udang Berkicap

Me : hello Mak, masak apa hari ni?
Mak : kita pun tak tau nak masak apa ni, goreng ikan je tadi. Apa ada kat dalam peti ais?
Me : semua ada (kui kui kui), tapi ingat nak masak udang la
Mak : masak la sambal berkicap
Me : haaa...*TING* .. tengkiu mak... i call u tomorrow!
Mak : eh.. cakap omputeh lak.. okey see u


Udang sederhana - dibersihkan
Segenggam bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah - dibuang biji
5 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
3 sudu besar kicap manis

1) kisar bawang merah, bawang putih dan cili merah
2) tumis cili kisar sehingga garing, masukkan bahan kisar tadi, biar sehingga naik minyak
3) masukkan air asam jawa
4) perasakan dengan garam dan gula
5) masukkan kicap manis
6) masukkan udang
7) taburkan dengan bawang besar dan lada hijau

Cik Mat makan habis licin, Cikpah pun manyiak cinang hati ... 
♥♥♥

Thursday, April 14, 2011

Sotong Goreng Kunyit

Alahai... segan pulak nak upload masakan hari ni yang tersangat 'simple' ni.. tapi... layan je la yea... jangan tidak orang johor kata.. :))


Nak kena tulis jugak ke resepinya? ha ha... okey laaa.. :

6 keping sotong sederhana
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
i biji cili hidup
sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
sedikit air asam
1 sudu besar kicap manis
Daun kari

1) tumbuk bawang merah, bawang putih, cili hidup dan kunyit
2) tumis bahan tumbuk sehingga garing
3) masukkan air asam
4) masukkan sotong
5) perasakan dengan sedikit garam, gula dan kicap manis
6) taburkan daun kari, tutup api

Thursday, January 13, 2011

Lala Tumis Bercili dan Sambal Kicap Terung

What's for dinner? Semalam we all makan nasi. Lauk lala and terung.. Terung memang favorite sejak dulu kala lagi.. Kalau nampak kat pasar tu, memang geram rasa nak beli.. Lagi2 kalau ada yang kiut miut... can never resist them..
So, resepi lauk untuk semalam :

Lala Tumis Bercili



Lala - direndam dahulu kemudian dicuci sehingga bersih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah - dibuang biji
2 batang serai
sos ikan
garam gula untuk perasa

1. blend bawang besar, bawang putih dan lada merah, tumis dengan sedikit minyak, sehingga garing.
2. masukkan serai yang sudah diketuk
3. masukkan sedikit sos ikan, garam dan gula
4. masukkan lala, gaul sementara kemudian tutup sebentar sehingga masak
5. jangan lupa tutup api tuuu

okey resepi terung pulak

Sambal Kicap terung



Terung - dibelah 2 dan digoreng terendam
3 sudu besar cili kering yang sudah diblend
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji lada merah
1 sudu besar udang kering - direndam 10 minit
sedikit air asam jawa
Kicap manis

1. blend bawang merah, bawang putih, lada merah dan udang kering
2. tumiskan bahan2 blend sehingga garing dan naik minyak
3. tuangkan air asam jawa, gaul sebati
4. tuangkan kicap manis, garam dan gula untuk perasa
5. masukkan terung yang digoreng tadi, gaul dan tutup sementara
6. Ready untuk dimakan

So i hidang lauk2 ni dengan ekor tenggiri bakar cicah kicap macam gambar ni:



pastu ulam2 sikit.. kenyang perut suka hati :-D