Saturday, December 29, 2012

Rindu..

Assalamualaikum...
lama sudah tak berjumpa..
finally i'm done writing my thesis... baru lah boley bersosial... hihi..
It's been a great year for me.. Alhamdulillah... you alls macamana pula?
Hopefully next year lebih baik, dan dilimpahi keberkatanNya... Aminnn...
HAPPY NEW YEAR YAWLS...!!!




source: google punya pikcer

Monday, September 12, 2011

Lontong

Assalamualaikum!
Long time no see... maklum lah semangat syawal belum habis lagi...!
Seronoknya raya, tak boley nak cite... makan pun sedap2 belaka! I pun tak sempat 2 nak amik gambar untuk my blog ni...
Tapi hari ni tak tertahan windu kat blog ni... so i upload masakan i yang tak seberapa ini:

Lontong kuah... ada yang suka pekat, tapi i suka cair lagi tangkap leleh!

Kuah:
Bawang merah
Bawang putih
Halia - sikit je
Lengkuas
Serai
Kunyit
Udang kering -rendam dulu
Ikan bilis - pun rendam dulu
Santan pekat
 Santan Cair
Kacang panjang
Kobis
Carrot
Terung
Soh Hoon
Foo Cuk
Tempe - goreng dahulu
Tauhu - pun goreng dahulu
Daun Bay

1) tumis bahan blend dan daun Bay sehingga naik minyak
2) masukkan air sedikit
3) masukkan sayur-sayuran, biar layu
4) masukkan santan cair, biar mendidih
5) masukkan santan pekat, gaul rata
6) perasakan dengan garam gula, musti ada mak aji sket :))

* hidang bersama sambal bilis dan telur rebus

Jemput makan yek... Selamat Hari Raya n Maaf Zahir Batin!!

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Selamat Hari Raya kepada rakan2 tersayang! Moga dimaafkan salah dan silap! dan Selamat bercuti!

Love,
Saripah

Tuesday, August 23, 2011

Nasi Tomato

Menu yang ni sempat i buat sebelum admitted

Nasi tomato, Ayam masak merah dan Salad dengan sos kacang

Nasi:
2 pot beras basmathi
3 pot air
1/2 pot susu cair
1/2 biji bawang besar, dihiris
Sedikit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga
3 sudu besar sos tomato
1 sudu tomato puree
Tomato buah, dipotong kecil
Daun pandan
1) tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih, pelaga dan bawang besar
2) masukkan buah tomato
3) masukkan beras, goreng sebentar
4) masukkan air dan susu cair
5) masukkan sos tomato, tomato puree dan daun pandan, gaul rata
6) tutup periuk nasi sehingga masak

Ayam masak merah:
Ayam, dipotong kecil dan goreng
Cili kering yang diblend
Bawang merah
Bawang putih
Halia
lengkuas
Serai
Tomato Sos
1) kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, serai dan lengkuas
2) tumis bahan blend sehingga garing
3) masukkan sedikit air dan tomato sos, perasakan dengan garam dan gula
4) masukkan ayam
6) gaul rata, tabur dengan bawang besar

Sos Salad:
Cili kering kisar
Bawang putih - 1 ulas
Kacang tumbuk
Cili sos
Tomato sos
GaramGula
1) tumis cili kisar dan bawang putih (kisar sekali)
2) masukkan air dan kacang tumbuk
3) masukkan cili sos dan tomato sos
4) perasakan dengan garam dan gula
5) hidang kuah dengan sayur salad, timun dan telur rebus seperti di bawah:


lazat! Nyummyyy!!

Masuk Wad - Dugaan di bulan Ramadhan

Kabare? I sihat 'dah' Alhamdulillah...

Kenapa menyepi? Sebab camera tak sihat, so tak berapa semangat nak blog.

Bukan itu saja... tuan punya camera pun tak sihat..uwaaa....
Tetiba pulak i di'admit' oleh tuan doctor kerana batu karang... nak tak nak tak boleh lah nak lari... harung je lah jawabnya... so terpaksa 'terbang' lah posa beberapa hari...huhu...


Tapi sekarang rasa ringan and sihat dah :))

Camera pun i dah order yang baru, yang lama tu repair cost cecah RM900!! so buang longkang lagi baik ye tak? i order yang baru from canon, dapat diskaun you... can't wait!

So, sementara waktu, i ambil gambar pakai handphone jek dulu... layan je la yea...

tengkiu :))

Friday, August 12, 2011

Fried Taco

Hi frens! Berbuka apa semalam? I buat mee sup tomato and Tacos. Walaupun resepi yang ni tak berapa glamour, tapi memang special.. semua orang mintak tambah semalam... satu sorang tak cukup! So i kena buat 2nd batch lak malam tadi sebelum tido.

Sorry gambar pakai camera lama ni kelabu asap... now baru i ingat kenapa i beli camera baru dulu... pas ni  maybe kena try ambik gambar pakai phone lak...

2nd attempt - tak dapek nak nolong dah... kelabu jugekkk...

Anyway, cara membuatnya :

Tortillas
Daging cincang
Buah tomato
Daun salad - lettuce
Cheddar cheese
Taco seasoning mix
Salsa - i pakai medium, kalau nak pedas beli yang hot
sour cream - (tak buat)
avocado - untuk dijadikan guacomole (tak buat)

1) panaskan tortilla sheets atas kuali panas
2) kemudian goreng berbentuk lipatan dua (akan menjadi keras, rangup)
3) goreng daging cincang sehingga empuk, taburkan sedikit taco seasoning mix, toskan
4) hiris salad dan buah tomato
5) susun salad dan tomato dalam taco shells
6) kemudian daging cincang tadi
7) kemudian cheddar cheese
8) diakhiri dengan sos salsa

*hidang bersama sour cream dan guacomole (tak buat sebab takde dalam stok my peti ais ajaib)

Thursday, August 11, 2011

Siakap Stim Tom Yam

Assalamualaikum,
Kembali bersiaran.. tak tertahan rinduku.. ahaks...
I korek2 kotak barang lama, terjumpo camera lama kitorang... tak sangka berguna juga barang antik ni... walaupun mutu gambarnya nya tak seperti camera baru.. tapi baik ada dari takde..

So, semalam berbuka i masak Beef Ladna dengan Siakap Stim Tomyam... i upload gambar Siakap je la, sebab ladna dah biasa tengok kan..


Siakap
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Cili padi
Pes Tomyam
Air asam
Daun limau purut
Buah tomato
Cendawan Shitake (cendawan lelain pun ok)
Daun ketumbar

1) lumur siakap dengan garam, halia dan bawang putih, kukus separuh masak
2) tumis bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas
3) masukkan pes tomyam, sedikit garam dan gula
4) masukkan sedikit air asam jawa
5) tuang ke dalam kukusan ikan
6) taburkan sayur2an
7) kukus sehingga ikan masak
8) taburkan daun ketumbar

* sedap dimakan panas2, love it babeh!

Monday, August 08, 2011

Sorry

Hai friends,

credits : google

dengan rasa sedihnya, i nak announce, terpaksa berhenti berblog sekejap sebab camera i terjatuh masa nak ambik gambar berbuka semalam... retak u... ganas i ni.... aummm...nak buat camno... i have butterfinger la...

will be back soon..!! sementara tu... layan je la gambar beefball tu dulu yek... jangan pinau mata sudah la...
he he...