Tuesday, April 05, 2011

Siakap @ Baramundi Kicap 3 Rasa

I realized yang i ni asyik2 masak sup aja. Karang orang kata malas masak dia ni. So untuk dinner malam ni i masak Siakap 3 Rasa, ala2 restoran gitu... Bagi gempak sikit..


Ada nampak macam Dancing Fish tak ;-D

i ekor Siakap @ Baramundi
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 biji cili padi - dihiris
1 biji mangga muda - disagat seperti kerabu mangga
3 sudu besar oyster sos
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
sedikit gula

1) goreng siakap yang telah dilumur garam dan kunyit sehingga garing, ketepikan
2) dalam saucepan, tumis bawang putih
3) masukkan oyster sos, kicap cair dan kicap pekat
4) perasakan dengan sedikit gula (tak perlu garam kerana sos sudah masin)
5) biarkan kuahnya mendidih dan agak pekat
6) tuang di atas ikan tadi
7) taburkan mangga muda, hirisan cili padi dan daun sup

note: hidang panas2... kalau lambat ikan menjadi tidak garing lagi

No comments: