Thursday, March 31, 2011

Puding Cocktail

Musim panas di Shah Alam. Walaupun hujan, tapi suhunya panas sungguh!

Time-time macam nilah i teringin nak makan Puding Cocktail atau orang johor panggil 'Kuih Sejuk', sebab kalau nak hidang kuih ni kena sejuk2 baru sedap!



Puding:
3 cawan tepung kastard
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu pewarna merah

1) masukkan kesemuanya dalam periuk dan masak diatas api kecil
2) mesti sentiasa gaul supaya adunan tidak bergentel2
3) gaul sehingga adunan pekat
4) tuangkan ke dalam bekas puding

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin cocktail
1 cawan sula
2 sudu esen vanilla

1) masukkan kesemuanya n gaul sentiasa
2) masak di atas api sehingga mendidih
3) tunggu sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk

Sejuk minda bila makan puding ni, saya suka sejak sekolah lagi

No comments: