Oleh kerana mereka2 didalam rumahtangga i ni masih lagi demam n batuk2, hari ni i decided untuk masak Bubur Ayam. Eh sedap cik Yah! tak caya cuba try..
Tergoda tak? Cik Mat kalau tengok bubur ni memang dia sentiasa tergoda.. Lagi2 makan dengan sambal kicap tu.. berasap!
Cara menyediakan:
1 pot beras
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit isi bersama tulang ayam - dipotong kecil
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar minyak bijan
sedikit lada sulah
Chay Poh
Telus Masin
Roti cha koi - dipotong2
Limau kasturi
Sambal kicap
1) tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan halia
2) tumis bahan tumbuk bersama ayam sehingga garing
3) masukkan air sehingga mendidih
4) masukkan beras, gaul rata
5) masukkan sos ikan, minyak bijan dan lada sulah
6) perasakan dengan garam dan sedikit gula
setelah masak, hidangkan dengan Chay Poh, Telur asin, Char koi, Sambal kicap dan limau kasturi.
* sambal kicap - blend 3 biji cili padi hijau bersama 1 ulas bawang putih.
p/s: Itu i hidang untuk Cik Mat, tapi kalau u nak boleh la tambah bahan tabur ikut idea masing2 spt bawang goreng dan daun sup :)
No comments:
Post a Comment