Wednesday, April 13, 2011

Stuffed Eggplant @ Brinjal in Black Bean Sauce

Tu dia... berbelit lidah nak sebut.. namun hatiku sangat berbunga2 di hari yang indah ini... :))
Resepi ni i dapat dari seorang bujang (hmmm.. tak sure sekarang ni still bujang lagi tak... sebab dah lamaaa lost contact) yang sangat pandai memasak. I kenal dia masa duk Swiss dulu. Nama dia Mr. Fadli Wong. Dia ni seorang Chinese Muslim.. terer masak.. u name it.. he'll cook it for you... paling i teringat 'yee sang' nya yang sangat sedap...
Hari ni i nak masak resepi Fadli iaitu 'terung sumbat dengan black bean sauce'

Inilah rupa terung yang sudah disumbat dengan fish paste atau isi ikan.. yang di atas ni i pakai ikan tenggiri yang ditumbuk bersama udang kering dan lada hitam

Selepas goreng.. hmmm.... semerbak harummm baunya...

Walaaa.... dah siap..  masakan cina tak boleh lama2 and api kena kuat supaya garing di luarnya.. Dan lagi, lepas masak... kena terus makan... supaya tidak lemau dan benyek kata orang johor pulak..

Dan inilah dia sos yang pakai... sebenarnya i prefer brand Lee Kum Kee... tapi this time puas cari tak jumpa, so capai aje apa yang jumpa.. boleh tahan gak rasanya cuma black bean nya lebih berketul2 dari Lee Kum Kee...

Resepinya:

1 biji terung panjang
1 keping ikan tenggiri
1 sudu kecil udang kering - direndam seketika
3 sudu besar Black Bean Sos
1 ulas bawang putih
sedikit lada hitam
1 sudu besar gula
(tidak perlu garam kerana black bean sos sudah masin)

1) tumbuk isi ikan tenggiri dengan udang kering
2) potong terung setebal dua inci, di sumbat tengahnya dengan isi ikan
3) goreng terendam terung sehingga kekuningan, ketepikan
4) tumis bawang putih
5) masukkan black bean sos dan gula
6) masukkan terung
7) tutup api
8) hidang segera

note: sesuai dimakan dengan nasi.
Selamat memasak!

No comments: