Monday, April 18, 2011

Mee Sup Tomato for Sunday Tea

Selamat Hari Isnin pada semua.. Apa azam anda semua hari ni?  Azam i hari ni nak spring cleaning bilik anak2 tercinta... harap tercapai azam yang dah postpone agak lama juga... Tak boleh nak harap bibik sebab part susun2 dia memang angkat tangan..

Semalam i have guest at tea time, so i hidangkan Mee Sup Tomato bersama timun ..

Resepi turun temurun my family. Ianya menjadi hidangan wajib untuk kami adik-beradik di waktu berbuka puasa.. Resepi asalnya menggunakan mee kuning tetapi semalam i gunakan spaghetti sebab i takde mee kuning.. tapi don't worry, sedap juga guna spaghetti. Dulu masa belajar kat obersee kan takde mee kuning, so kita student2 ni pakai spaghetti je... takyah susah2 nak pikir ye dak... :)

Dimakan pula dengan timun dan sos cili ni... mau tak meleleh... sangat menyegarkan di petang2 hari.. krup krap krup krap... he he

Sedikit daging direbus dan dihiris
Sedikit udang basah
Segenggam bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji cili merah, dibuang biji
1 sudu besar udang kering, direndam dulu
Carrot
Sawi
Tauhu
Buah tomato
Telur
1/2 botol tomato sos, (jangan tak percaya)
2 sudu tomato puree

1) kisar halus bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan udang kering
2) tumis bahan kisar hingga garing
3) masukkan air rebusan daging bersama dagingnya sekali
4) masukkan sos tomato dan tomato puree
5) masukkan udang, carrot, tauhu, sawi dan buah tomato
6) pecahkan telur
7) hidangkan bersama mee kegemaran anda

Note: ada yang confius resepi ni dengan mee bandung.. bezanya ialah mee bandung ada pakai sos tiram dan sedikit kacang, ada fishball dan sotong.. yang ni takde yek tuan2 dan puan2...

No comments: