Friday, April 22, 2011

Kuzi

Walaupun hari ni adalah hari yang sangat sedih for me, tapi rasa terubat kesedihan sebab my sister from jb nak datang rumah. So i masak Kuzi Ayam...


1 ekor ayam
2 biji bawang besar - dihiris dan digoreng
1 biji bawang besar yang tidak digoreng
5 ulas bawang putih
3 biji cili hijau - dibuang biji
sedikit halia
sedikit lengkuas
1/2 tin tomato sup
Sedikit tomato sos
2 sudu besar madu
1/2 tin susu cair
3 sudu besar rempah kuzi
Kayu manis, pelaga, bunga lawang dan cengkih
Buah tomato
Daun sup

1) kisar bawang goreng, bawang besar, bawang putih, cili hijau, halia dan lengkuas
2) tumis kayu manis, pelaga, lawang dan cengkih
3) masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
4) masukkan rempah kuzi, madu, tomato sup, tomato sos, tomato buah, garam dan gula
5) masukkan ayam
6) masukkan  susu cair
7) renihkan sehingga ayam empuk
8) tutup api apabila sudah naik minyak
9) perah sedikit limau semasa menghidang

No comments: