Wednesday, April 20, 2011

Bo Kho with Pho

Voit-Ik.. that's 'How Are You?' in Vietnamese..
Sebenarnya i tak pernah lagi pergi Vietnam... cuma pergi ke restoran Vietnam jek.. :)
Kenapa yang i sibuk2 pasal Vietnam ni? Sebabnya.... semalam i buat Bo Kho iaitu Vietnam Beef Stew... bersama Pho iaitu Vietnam Noodle Soup..

Pho - Beef Noodle Soup

Bo Kho - Beef Stew

Garnishing

Pho broth :
Daging dipotong kiub
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang
1 kiub daging
fish sos

1) tumis bawang merah, bawang putih dan halia
2) masukkan kayu manis, cengkih, pelaga dan bunga lawang
3) masukkan air dan kiub
4) masukkan daging
5) masukkan fish sos
6) masak sehingga daging separuh empuk
7) keluarkan daging
8) perasakan sup dengan garam dan gula

Bo Kho:
Daging yang telah direbus tadi
Bawang merah
Bawang putih
Sedikit halia
Serai
1 sudu besar 5 spice powder atau curry powder
3 kuntum Bunga lawang
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu besar gula melaka
Tomato sup
Carrot
Lada hitam
Daun Bay

1) kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai
2) tumis bahan kisar sehingga garing
3) masukkan 5 spice powder
4) masukkan tomato sup
5) masukkan daging dan sedikit air
6) masukkan kicap pekat, gula melaka, bunga lawang, daun bay dan lada hitam
7) renihkan sehingga daging empuk
8) masukkan carrot
9) apabila carrot empuk, tutup api

* Bo kho ini kalau tidak dihidang dengan clear sup tadi, selalunya dimakan juga dengan roti perancis. Resepi asalnya memerlukan daging diperam bersama bahan kisar dan 5 spice powder selama satu malam...
* Saya hidang bersama Pho dan bahan tabur di atas. 
* taugeh menjadi bahan tabur utama untuk Pho tetapi saya tidak hidangkan bersamanya sebab kami tak suka  makan taugeh... 

Banyak kerja untuk menyiapkan hidangan ni... tapi hasilnya sangat la NGON !!

No comments: