Thursday, March 24, 2011

Kurma

Assalamualaikum Habibi n Habibah...
Lama ana tak update blog ana... Maklum la still jetlag lagi balik Umrah Jumaat lepas.. Malas pun satu hal. Bak kata my friend, ko nak tunggu lagi 5 tahun lak nak update ke chepah? hehe.. Rasa tercabar lak... takleh jadi ni.. terus capai camera, amik gambar apa yang patut.
Since baru balik umrah ni, seronok mengunyah Kurma Ajwa. Sedap tul rasanya kenyal2 n tak manis sangat. Rasa bertuah dapat makan kurma Ajwa ni, ye lah kalau nak beli kat msia ni mahal harganya.


Inilah rupa Ajwa yang hitam berlegam. Walau bagaimanapun, rupa tiada khasiatnya berganda2.

Kurma ni juga dinamakan kurma Nabi sebab ia adalah kurma kegemaran Rasulullah kita. Ada yang mengatakan kurma ini diturunkan dari syurga dan ditanam oleh Rasulullah di bumi kita, wallahualam.

Mengikut Hadis, makan Ajwa di pagi hari dapat mengelakkan kita dari keracunan dan sihir hingga ke penghujung hari tersebut. Ia juga dapat mengelakkan kanser kerana mengandungi sifat antidote.

Ramai juga yang tak gemar makan kurma, sebab tu saya merasa bertuah sebab saya suka makan buat kegemaran Rasul ini.

p/s: kalau ente2 mau tengok gambar ana di Mekah, boleh pergi ke pretty-darlings ya!

1 comment:

Teraju said...

salam, kami ada jual kurma ajwa, harga paling rendah di pasaran tapi kualiti buah amat baik. Harga sekilo cuma RM100 berbanding dgn harga pasaran RM150. Jika berminat, sila hubungi saya di 012-2801701, Farah. Tkasih