Tuesday, August 02, 2011

Ayam Goreng Berempah

Hari ni i masak sempoi saja untuk berbuka sebab semalam dah buat sampai 2 menu special..

Menu hari ni ialah nasi putih saja... pastu lauknya ialah sup sayur kentang dengan suhun, then i goreng ayam berempah seperti rajah di bawah (fuh.. macam buku teks lak):

tertonggeng ayam ai... ahaks..

Peram ayam:
1/2 ekor ayam
2 sudu cili boh
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk jintan hitam
1 sudu kecil serbik jintan kasar
1 sudu kecil serbik ketumbar
Oyster sos
Tomato sos
Garam
Gula

1) peram sekurang2nya 30 minit
2) goreng terendam
3) taburkan daun kari dan bawang besar sebelum mengangkat ayam

* hendaklah kuatkan iman semasa menggoreng, takut tidak dapat terkawal air liur yang meleleh ..  sedap wooo

No comments: