Cuaca nampak mendung hari ni. Sejuk sikit hatiku ini.. cewah!
Pssst.. i nak tanya apakah aktiviti weekend anda? Semalam i pergi ke pasar tani di Stadium Shah Alam. Biasalah kalau dah sampai ke pasar tani, jadi rambang mata tengok dedaun seperti ketumbar, serai, daun limau purut etc etc.. So sebelum dedaun i rosak.. i decide masak tomyam hari ni.
Ayam - dipotong kecil
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Air asam jawa
Asam keping
1/2 kiub stok ayam
1 sudu besar pes tomyam
1 biji cili hidup ( kalau nak pedas gantikan dengan cili padi)
Buah tomato
Carrot
Kobis bunga
Daun ketumbar
Daun limau purut
1) Masukkan ayam, bawang besar, bawang putih, serai, lengkuas, air asam jawa, dan asam keping
2) Masukkan kiub ayam dan pes tomyam
3) Renihkan sehingga ayam empuk
4) Perasakan dengan garam dan gula
5) Masukkan cili hidup, buah tomato, carrot dan kobis bunga, tutup api.
6) Taburkan daun ketumbar dan daun limau purut
Haa... u ols masak apa hari ni? Nak cikit...
No comments:
Post a Comment