Friday, February 25, 2011

Mee Hainam

Semalam i masak mee lagi untuk dinner. Kat rumah i ni, kalau masak nasi, tak laku sangat, cuma Nuha je yang perabih lauk. Lepas fikir punya fikir, i decide untuk masak Mee Hainam


Ni rupa mee yang i guna, celur sekejap dalam 1-2minit sahaja.


Dah campur kuah, rupanya jadi begini :-D

Resepinya:
Bawang merah
Bawang putih
Udang basah
Isi ayam
Oyster Sos
Fish Sos
Kicap cair
Syok Ayam
Carrot
Brokoli
Cendawan tiram
Buah tomato
Tepung jagung

1) Tumis bawang merah dan putih
2) Masukkan udang dan ayam
3) Tuang air, masukkan stok ayam
4) Masuk oyster sos, fish sos dan kicap cair
5) Masukkan sayur, perasakan dengan garam dan gula
6) Masukkan adunan tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air.

Seperti biasa, Cik Mat mesti nak makan mee dengan cili potong untuk mencapai tahap kepuasan yang maksimum he he

No comments: